Bab 70

6.6K 275 19
                                    

Nuha sedar dari tidurnya yang panjang. 2 hari dia tidak sedarkan diri.

Dan sekarang dia sudah tahu apa yang terjadi. Mimpinya dahulu adalah sebahagian daripada memorinya yang hilang akibat trauma semasa kecil. Kematian ayahnya meninggalkan kesan yang dia takut untuk hadapinya. Sehinggalah memorinya sendiri membuang kesakitan itu.

Sekarang dia sudah ingat kereta ibu p. Mateen yang melanggar mereka. Akibat dilanggar ayahnya mati dan dia pula buta.

Puan Geshina Yuki, perempuan kacukan Jepun. Rasa bersalah yang teramat. Pada mulanya puan Maryam tak dapat menerima takdir begini. Dia kehilangan suaminya sekelip mata. Lelaki yang dicintainya. Tapi bukan salah puan Geshina kerana dia disabotaj oleh musuh dalam syarikatnya.

Tapi lain yang jadi, orang lain pula jadi mangsa. Untuk membuang rasa bersalahnya dia rela jika mata dia didermakan kepada Nuha. Pada mulanya puan Maryam menolak.

Tapi puas dipujuk akhirnya dia setuju. Nuha masih kecil perjalanan hidupnya masih jauh. Takkan dia mahu jadi buta tanpa kerelaannya.

Pembedahan itu berjalan lancar. Tapi akibat badan puan Geshina yang lemah dia meninggal dunia dan meninggalkan satu-satunya anak yang dikasihi, Tengku Maulid Zahiruddin.

Maulid yang baru pulang dari tambahan darjah 6 tidak mampu menahan dugaan yang telah Tuhan berikan. Ibunya adalah orang yang paling dia sayang dan cinta. Tengku Mikyad juga sedih kehilangan isteri tersayang.

Bila Maulid dapat tahu cerita sebenar dia terus mencari Nuha dan mengherdik budak kecil itu. Baginya Nuha adalah pembunuh. Dan bagi Nuha ibu Maulid adalah pembunuh ayahnya.

Nuha masih kecil untuk faham erti dunia, kecil-kecil sudah hadapi tekanan. Tekanan yang kuat menyebabkan memorinya hilang. Memori yang menyakitkan sahaja.

Allah!

"Umi! "

Puan Maryam bergegas ke bilik Nuha.

"Alhamdulillah Nuha dah sedar. " tapi Nuha menangis

"Ayah mati sebab ibu Maulid!" tempik Nuha.

Puan Maryam menenangkan Nuha.

"Bukan salah ibu Maulid. Dia disabotaj oleh orang luar. Orang tu pon dah dimasukkan ke dalam penjara. Dua tahun lepas dia meninggal. Doktor cakap dia mengalami tekanan jiwa sebab dah bunuh orang tak bersalah. Jadi bukan salah ibu Maulid. Kakak sepatutnya berterima kasih dekat ibu Maulid sebab dia lah yang dermakan mata Nuha"

"Tapi dia mati sebab Nuha mi! Nuha rasa bersalah pada Maulid! Kalaulah Nuha tak buta mesti ibu Maulid takkan mati" esak Nuha.

"Nuha ni semua takdir Allah. Siapak kita nak menidakkan semua ni. Ingat Allah sayang"

Nuha beristighfar.

Kali ni dia bangkit, mandi, ganti solat dan perbanyakkan solat sunat. Solat dhuha, solat hajat dan solah tahajjud ditunaikannya dalam seminggu. Usaha nya untuk pulih semula.

Alhamdulillah dalam masa seminggu jiwanya makin baik. Tapi dia rindukan Maulid.

Sumpah dia rindukan lelaki itu!

Telefonnya mencari nama p. Mateen. Tapi nombor itu seolah-olah tidak wujud. Nak tak nak dia terpaksa call Miss Hanis.

Mungkin juga mereka akan berkahwin.

3 kali call, kali keempat baru bersahut.

"Miss"

"Nuha" ujar mereka serentak.

"Miss saya rindu sir" esak Nuha.

Hanis serba salah.

"Nuha jangan nangis macam ni"

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now