Bab 67

5.3K 242 15
                                    

Teruk tak teruk tangan Nuha adalah kena 9 jahitan. Apasal tak genapkan sampai 10 je hah doktor?!

Nasib tangan kiri. Kalau tangan kanan? Hmm tak habis lah exam kau Nuha! Tu lah acah psiko nak gengam kaca sangat. Hak tuih!

Tengok apa yang jadi. Tangannya berbalut kemas sekarang ni.

Zarif dari tadi lagi wajahnya kelihatan ngilu bila tangan Nuha dijahit. Nampak lah sedikit seram. Nasiblah dia tak terima tawaran jadi Doktor dulu. Haih dalam family Zarif sekor je yang jadi lecturer. Yang lain jadi doktor lah beb! Siap ada hospital sendiri lagi. Hah kau hado?

Lepas siap je, mereka masuk ke kereta. Dah pukul 7 petang. Baik balik sekarang nanti syaitan menjengah tepi tingkap siap ucap Hai lagi. Kepala otak dia!

"Thanks, Zarif"

Nuha senyum memandang zarif.

Zarif hanya senyum sekilas.

"No need. Lain kali kalau sakit hati sangat jangan buat benda yang boleh sakitkan diri boleh tak? Dari dulu lagi Irdina suka buat macam ni kan? "

Nuha hanya sengih. Alahh! Benda lama jangan dikenang.

Ingat lagi dia rela berdiri di tengah hujan semata-mata marah dengan Zarif. Akhirnya demam hari tu jugak. Hari putus mereka. Huh! Lagi parah!

Habis cermin di tumbuknya. Retak berderai. Berdarah tangannya. Huh! Psiko betul!

"Ye tak buat dah. Insaf sudah lepas kena jahitan ni"

"Hah baguslah macam tu"

Mereka senyap seketika di dalam kereta. Zarif meneruskan pemanduannya.

"Pasal p. Mateen... "

"Don't say his name. I got it. Saya akan tamatkan semua ni jugak. So, please diam je depan dia, jangan sebut pasal Irdina " kata Nuha tegas.

Zarif mengangguk.

"Erm jadi Zarif ada peluang lagi tak? "

"Peluang apa? " tanya Nuhan

"Start our relationship again" jawab Zarif lembut.

Nuha senyum sinis. Rasanya tak mungkin lagi hatinya terbuka semudah itu.

Kerana cintanya untuk p. Mateen masih utuh. Dan sejujurnya dia tak pasti bila dia akan buang p. Mateen dalam hatinya.

Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia. Nak tak nak kena hadapi jugak.

"No! A big no. Tak mungkin lagi zarif. Awak perlu move on. Awak tahu ego saya macam mana kan? Once is enough. Saya tak suka pisang berbuah dua kali"

Zarif hanya mengeluh. Dia hormat akan keputusan Nuha. Dia tahu Nuha memang seseorang yang berpegang pada katanya. Egonya tinggi. Sekali dia kata tak sampai bila-bila pon dia kata tak. Tapi masih ada peluang tak untuk p. Mateen?

"Then kalau p. Mateen masih kejarkan Irdina? " tanya Zarif lembut. Dia memandang sekilas Nuha di tepi.

Nuha hanya senyum sinis.

"#silameninggal"

"Hah?! " terkejut Zarif.

Nuha hanya ketawa. Apa? Ingan dia tak boleh ke buat hashtag macam tu?

"Hehe, takdelah. Untuk pengalaman kali ni saya akam simpan elok-elok supaya tak berulang lagi. Cinta yang dia bagi tu ibarat mimpi indah. Tapi penipuan yang dia sorok ibarat mimpi ngeri. Jadi by hook or by crook saya takkan pernah terima dia lagi"

Zarif hanya mengangguk. Jadinya dia dan p. Mateen sekarang berada pada level yang sama. Tapi p. Mateen lagi teruk ok. Dia penipu! Zarif cuma meninggalkan Nuha sebab dia rasa terbeban je masa belajar. Hah mana satu lagi teruk?

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now