Bab 47

5.1K 264 6
                                    

Hari ni hari khamis. Seperti yang dah diberitahu ada brain power harini. Lepas kelas terakhir pelajar modul 1 dan 2 akan bergerak ke dewan kuliah untuk menjawab kuiz selama sejam.

"Tak shabar aku nak habis jawab kuiz ni cepat-cepat. Boleh jogging kejap lagi. Lama dah tak jumpa Dahlia, Lisa dan Syafiq tu"

"Aku pon, lagi best besok cuti and kita boleh pergi outing esok"

"Yahoo! Ni yang best ni. Aku nak pergi kedai barang make up"

Nuha hanya menggeleng perlahan.

"Tu jelah yang kau tahu. Aku tak sabar nak cari novel baru buat koleksi ni. Hehe"

Kali ni giliran Leen pula menggeleng perlahan

"Tu jelah yang kau tahu"

"Coi" Nuha membalas dan mereka sama-sama ketawa.

"Dah jom masuk dewan. Classmate kita semua dah tunggu tu"

"Beres bos" tangannya tabik kepada Leen.

Dah macam askar nengoknya. Haha.

Mereka mengambik tempat di belakang sekali. Senang nak keluar.
Tapi pelik, selalunya pelajar tak suka duduk depan. Ni depan penuh belakang lengang. Pelik betul.

Nuha dan Leen mengeluarkan barang keperluan untuk menjawab kuiz seperti kertas, pen dan test pad.

Pintu hadapan dibuka menandakan ada lecturer yang akan masuk. Lecturer yang jaga exam lah tu.

"Ok everyone, salam and good afternoon. I'll talk less today. Aku akan pass kertas ni dekat korang. Cukup 10 minit kita start kuiz. Sape dah siap boleh hantar dekat depan ni mengikut kelas masing-masing. Apa-apa masalah boleh angkat tangan ye" suara p. Mateen memenuhi ruang dewan.

Heh! Padanlah penuh kerusi depan. P. Mateen yang jaga rupanya. Apada!

Cukup 10 minit semua pelajar tekun menekan kalkulator masing-masing. Kertas banyak direnyuk.

Tak sampai 45 minit pelajar berbangsa cina dan India menghantar jawapan mereka ke depan. Well, macam yang disangkakan lah.

Mereka pasti siap awal.

"Anda ada 15 minit lagi"
Suara p. Mateen membuatkan ramai pelajar pecut untuk menyiapkan jawapan mereka.

Nuha bertungkus lumus jawab. Walau dia tahu dia takkan sempat untuk siapkan semua. Soalan susah nak mampus.

Tapi ingatlah soalan exam sem 1 hari tu lagi gila!

Memang bijak sangat dah yang boleh jawab ni. But sorry to Nuha, sekarang dia sudah sedar dia tak boleh pergi jauh dalam bidang fizik.

Bye fizik, lepas matrik dan sampai mati aku tak nak jumpa kau lagi. Samalah macam kimia semua tu.

Kau tak tahu kalau dapat lecturer yang memahami dan gunakan teknik mengajar yang betul semua tu akan jadi fun. Tapi bila dapat lecturer yang jenis cakap dengan whiteboard memanjang... Hmm mati jelah

Tetapi bila bergelar pelajar, kita perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk memahami sesuatu ilmu itu.

Akhirnya masa yang ditetapkan telah tamat. Para pelajar diminta untuk menyerahkan jawapan mereka dengan kadar segera sebab p. Mateen sibuk nak buat kerja lain.

Heh!

"Aku rasa semua lecturer cakap macam sir Teen tu. Busy je memanjang"

"Well, lecturer life kan. Kita student life"

"Dahlah jom hantar mengamuk dah sir tu"

"Ye tahu, tapi kita duduk belakang sekali. Nak cepat sangat kena pijak dekat orang depan je lah! "

My Hot Lecturer ✔️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt