Bab 33

5.6K 290 10
                                    

Masih ada berbaki seminggu lagi sebelum semester kedua bermula. Nuha sudah puas di rumah. Group whatssap pon sunyi semacam. Hailah pegi manalah semua orang ni? Tak bukak phone ke?

Lisa, syafiq termasuk Leen semuanya diam. Nuha malas nak start chatting dekat whatssap sebab dia tahu konfem semua tak balas. Al maklumlah dah balik rumah. Konfelah tengah luang masa dengan keluarga.

"Betul ke sir semalam tu? Atau orang salah nombor? " soalan itu masih berlegar di dalam kepala Nuha.

"Tak kot, takkanlah sir ada nombor aku. Dia mintak dekat siapa? " Nuha semakin pelik.

Tapi dia berfikir secara rasional dan otak warasnya menyatakan sekaras-kerasnya. Mana mungkin seorang pensyarah yang tak kenal dia boleh tiba-tiba whatssap dia. Macam tak mungkin je.. Nuha hanya menggeleng.

Dia membuka bekas aiskrim oreo. Sah lah dia gemuruh. Sebab kalau dia tak gemuruh takde maknanya dia nak makan aiskrim pukul 7 pagi.

Last dia makan aiskrim pukul 7 pagi bila hari tu hari result spm keluar. Dan sekali lagi dia buang tebiat sebab p. Mateen.

"Nuha make(makan) apo aiskrim pagi buto ni? " puan Maryam hanya menggeleng kepala. Tahu sangat ada masalah lah tu.

"Eh ibu, taklah kakak raso gemuruh hari ni"

"Laaa bakpo(kenapa)? " puan Maryam mengambil tempat di depan Nuha.

"Hmm takde apelah. Rindu lecturer kot. Hahaha" Nuha hanya ketawa.

Entah apa yang lucu.

"Erk, mu ni bakpo? Takpolah ibu nok gi kebun ni. Mu tokse(tak nak) ikut ko? " tanya Puan Maryam.

"Dok kot, kakak nak duduk dalam rumoh jah"

"Ok ibu gi dulu, nanti masak nasi tengahari ye"

"Ok ibu"

Terus aiskrim disua ke dalam mulut lagi. Hmm manis!

"Bosan pula pagi-pagi ni" Nuha bosan kembali.

Pantas aplikasi Instagram dibuka. Laman explore dibuka dan terpampang di situ ig p. Mateen.

Nuha hanya menjulingkan mata ke atas.. Ergh typical orang famous acah-acah cool betul mamat ni.

Terus dia pasang niat nak jadi spy harini. Bibirnya tersengih sinis. Kau tunggu nanti si Nuha ni boleh tahu selok belok hidup p. Mateen hanya menggunakan ig sahaja. Well let say ini kemahiran wanita... Hahaha.

Tiada satu pon gambar jelas p. Mateen. Semuanya tak menunjukkan keseluruhan wajahnya. Hanya separuh atau gambar tempat dan belakangnya sahaja.

Ehh pelik betul. Selalu mamat bajet handsome dia akan tunjukkan kehensemannya tu.. Tapi p. Mateen berbeza. Hmm berubah sedikit persepsi negatif Nuha terhadap p. Mateen.

Satu post yang menarik perhatian Nuha. Terus ditekan post itu untuk melihat caption si lecturer hot nya.

Gambar satu pokok yang kuning sedikit warnanya.

"Eh ni macam pokok dekat bukit kolej ni. Tapi apasal familiar sangat eh dengan pokok ni? " Nuha berfikir sejenak.

Caption dibaca.

"Pertemuan pertama membuahkan rasa. Indah alam indah lagi kamu" caption dibaca oleh Nuha.

Naik meremang bulu romanya.

"Dah kenapa mamat ni nampak sentimental benar? Eee.. Geli pulak den" Nuha terasa bulu roma meremang.. Geli semacam.

Selalunya yang dia nampak hanya p. Mateen yang garang dan suka memanggilnya budak. Tapi macamlah Nuha kenal sangat dia tu. So nevermind.

Lepastu dia pergi pulak ke post yang ada gambar basikal. Basikal p. Mateen yang dah terputus brek tu kan?

"Musibah yang memberi sinar mentari dalam hidup. Untuk sekali lagi dan tempat sebelum permulaan" Nuha membaca caption.

"Makin pelik je lecturer kolej aku ni. Caption tah ape-ape.. Aku ingatkan bila jadi lecturer fizik dia post pasal lenz law ke apa. Tapi gambar yang tak menarik langsung" Nuha hanya menggeleng.

Tapi yang lagi pelik biarpon post tu tak menarik tapi dapat 20-30k likers... Ergh pelik betul. Mungkin sebab handsome je kot. Entahlah nakk..

Nuha scroll lagi post ke bawah ke post pertama yang p. Mateen upload dalam ig. Ada gambar family dia.

Hmm dah tahu p. Mateen bukan calang-calang orang. Kaya jugak! Drama betul.

Aci handsome, kaya memang patut ramai peminat pon.

Memang patut pon p. Mateen handsome. Bapak dia jepun kot. Mak dia ada iras orang Arab sikit. Tapi wajah p. Mateen takde pon muka arab kalau jepun+ Melayu tu adalah. Tapi adik p. Mateen lelaki dan perempuan yang mungkin berbeza 1-3 tahun antara satu sama lain itu baru wajah jepun+arab.

Eh Nuha dah jadi pakar genetik ke apa? Serius betul Nuha jadi spy kalini... Selalu takat sekerat jalan je. Hehe

Tapi memang betullah p. Mateen takde pon wajah ibu dia. Entahlah bukan masalah Nuha.

Nuha scroll atas balik dan buka post yang baru p. Mateen upload harini. Atau lebih tepat Sejam yang lalu.

Gambar pantai bukit keluang!

Caption pantas dibaca. Terus berdebar kuat jantung si Nuha.

"Kakak, tolong jemur baju. Adik dah basuh dan letak dalam bakul. Adik letak dekat pintu ni eh" tempik Niera adik Nuha.

"Ye kakak jemur baju sekarang"

Telefon yang masih berbuka itu memaparkan caption p. Mateen.

'I know it's you. The one and only that i want to search in the world. But soon i know u will be hurt cause of me'

Tanpa Nuha tahu akibat gemuruh tadi. Dia tertekan butang like pada post p. Mateen.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now