Bab 14

6.4K 320 17
                                    

"Hey guys! Hari ni I akan update my new vlog dekat youtube... So sama-sama kita nantikan malam ni ye. Bye"

Syafiq terus upload video ringkas tadi di dalam ig. Mahu peminatnya tahu.

Baru je nak letak caption... Terus telefonnya berbunyi. Nama Lisa tertera di situ.

"Eh minah ni! Nak apa pulak dahh" keluh Syafiq. Namun dia terus menggeser ikon hijau.

"Ye nyahh! Kau nak apa? Takkan dah rindu aku. Baru 15 minit je kita last jumpa tadi kan" bebel syafiq.

"Ish persetankan semua tu.. Sekarang aku nak cakap berita yang agak menggemparkan ni! " tempik Lisa.

Syafiq pantas menjauhkan telefonnya daripada telinga. Bingit siot!

"Apa nyahh! Bingitlah kau ni" syafiq dah menyampah dah tu.

"4LHGB bercuti dekat sini jugak. Resort sama weh! Apalah nasib malang kita ni" tempik Lisa.

"Lorr, 4 LHGB je pon. Kau nak kecoh sangat kenapa? Lek lah. Ni Nuha dah masuk bilik ke belum? Dah whatssap dah no bilik dekat dia? " tanya Syafiq tenang.

"Ouh lupalah... Ye lah nanti aku chat Nuha. Ok bye syafiq tu je aku nak cakap" talian segera diputuskan.

Aplikasi whatssap terus dibuka. Lisa menghantar no bilik ke chat Nuha.

'Weh bilik kita no 6'.

Chat terus dihantar. Ok done satu kerja. Nak tidolah.

Baru sahaja Lisa mahu menutup matanya. Telefonnya berdering. Pantas dia menggeser ikon hijau. Dia meletakkan telefonnya di telinga sambil berbaring di sebelah kanan.

"Woi! 4LHGB kau kata! Terkejut beruk aku nyahh.... Macam mana lecturer hot kita tu boleh pilih resort ni jugak? " tempik Syafiq.

Eh-eh babun ni. Pekak telinga Lisa dibuatnya. Apasal lah lambat sangat sel otak syafiq ni berhubung?

"Lambat betul kau terkejut. Manalah aku tahu! "Marah Lisa.

"Eh betul jugak tu! Hehe. Tapi mana kau tahu ni?" syafiq hanya tersengih. Macamlah si Lisa tu nampak!

"Erm tadi aku terserempak dengan sir Noah. Apa lagi aku terus assume geng dia datang sekali lah. Mana lah mereka tu boleh berpisah" jawab Lisa.

"Hmm betul jugak tu.. Tapi aku tak tahulah nyah ni bala ke apa... Tapi boleh cuci mata tengok badan sado p. Mateen tu.. Fuh sedap jugak tu" geletis Syafiq.

"Eee! Apa kau ni" marah Lisa.

"Eh dahlah aku nak tido. Jangan ganggu aku! "

Tut.. Tut.. Tut... Talian diputuskan.

"Cis Lisa ni. Tak beradab sungguh" syafiq menggelengkan kepalanya. Dia menyambung mengedit video.

...........................

"Eh dah nak dekat pukul 6 ni! " Nuha menilik jam tangan miliknya.

Macam manalah dia boleh terlelap dekat pokok ru. Haih lama pulak tu.

Dia pantas bangun. Mahu ke biliknya. Lisa dah bagi no bilik berapa. Huh tak sabar nak mandi. Melekit dah badan ni.

Baru sahaja dia berjalan mahu ke resort. Dari jauh dia melihat dua susuk tubuh yang agak dikenali.

Zarif dengan Noah! Aik mereka buat apa dekat sini?

Mata Nuha dikelipkan beberapa kali. Alamak! Memang betul lecturer kolej Nuha.

Gawat ni! Nuha pantas melangkah mahu ke bilik penginapannya. Mahu memberi tahu info ni secepat mungkin.

Setelah 5 minit berjalan. Akhirnya dia sampai di hadapan pintu bilik bernombor 9. Dia pantas memulas tombol pintu.

"Lisa! " tempik Nuha.

"Eh takde orang ke? Pelik ni"

Nuha masuk ke dalam bilik.

"Aik apasal bagasi lain ni? Ni bukan bagasi aku dengan Lisa ni" Nuha semakin pelik.

Tapi bilik ni bernombor 6. Hmm.. Entahlah.

Seketika kemudia pintu tandas terbuka. Dan keluar seorang manusia memakai kain tuala separas pinggan hingga bawah lutut.

Dan apa yang lagi mengejutkan orang itu ialah...  

P. Mateen!!!!

"Arghh!! " tempik Nuha dan P. Mateen.

Nuha pantas melarikan diri. Dia berlari sepantas mungkin.

Masih terkejut!

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now