Bab 17

6.3K 304 4
                                    

Nuha dan Syafiq duduk di meja hujung. Jauh dari pandangan ramai namun pemandangan mereka dekat dengan pantai. Masing-masing tengah diam tunggu si Lisa tu datang.

Muka syafiq tu agak seram untuk ditatap buat masa sekarang. Rasa marah terhadap Nuha dan Lisa belum padam dalam jiwanya. Dia hanya menjeling ke arah Nuha.

Nuha hanya sengih bak kerang busuk. Malas mahu bersuara saat ini. Takut harimau mengaum tengah-tengah alam ni. Seram siot!

Kelihatan dari jauh Lisa lari terkocoh-kocoh. Sampai sahaja ke destinasi dia pantas duduk dan menghirup udara agak kuat, melepaskan hutang oksigen sebentar tadi.

"Sorry geng, aku lapar sangat tadi. Hehe" sengih Lisa.

Nuha dan teguk liur dah tu. Tengok Syafiq macam seram je. Nasib dah order makanan tadi. Jadi takdelah lama sangat si Syafiq ni boleh membebel.

"Sorry kepala kari lah kau! Kot ye pun lapar jangan tinggal member! Kau tahu lenguh jari mahal aku ni pergi ketuk bilik korang. Sorang tu tidor mati. Entah bom meletup tepi telinga pon belum tentu sedar. Yang sekor lagi tu melantak tak ingat member. Tahu makan je. Bla bla bla..... " macam bertih jagung si Syafiq ni membebel.

Pedih telinga beb.. Pedih!

Lisa terus memasang earphone di tepi telinga. Nuha pula perlahan-lahan menjauhkan kerusi dari meja.

1...2...3

Terus Nuha angkat kaki... Lariii!!

Dia bosan nak dengar Syafiq membebel. Berdarah telinganya. Si Syafiq bulat matanya melihat Nuha yang berlari ke arah pantai.

"Hei! Nak pergi mana tu pompuan?? " Syafiq menyinga.

Lisa juga mahu menurut langkah Nuha. Tapi awal-awal lagi lengan bajunya dipegang Syafiq.

Syafiq tersenyum sinis.

"Kau jangan ingat nak lari eh. Aku cepuk nanti"

"Eh mana ada aku nak lari.. Takde.. Takde.. Hahaha" Lisa hanya menangis dalam senyum... Wuuu Nuha jangan tinggal aku..

Nuha yang berlari berhenti apabila ternampak bayang hitam di belakang... Semerta bulu romanya menegak. Dah lah duduk tepi pantai seorang diri ni.

Dirinya perlahan-lahan berpaling ke arah bayang itu. Apabila dirinya berpaling tepat ke arah bayang itu....

"Arghhh!! "

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now