Bab 9

7.5K 342 1
                                    

Dang!

Macam nak luruh jantung Nuha rasa.

What?!!

Dr Rian panggil Dahlia ke kubikel dia. Habis Nuha? Kenapa panggil Dahlia saja? Jealous kau.. Huhu

Nuha hanya memandang sayu ke arah Dahlia yang membuntuti langkah Dr Rian.

Dahlia pon longlai jugak. Haduh apakena ni? Nuha semakin aneh.

Kenapa Dr Rian perlu panggil Dahlia saja kalau yang bergaduhnya mereka berdua. Bukannya Dahlia bertumbuk seorang diri.

Heh!

"Hah kau kenapa tercegat lagi dekat sini? Tak nak balik ke? " sergah P. Mateen.

"Coi! " terkejut Nuha.

Nasib semua orang dah pergi sebab drama sebabak tadi dah memang habis pon.

Ni lah manusia, orang bergaduh tak nak pulak leraikan. Asyik nak viralkan dlm ig je makin adalah. Huh nilai kemanusiaan dalam diri tu dah takde gamaknya. Yelah sekarang kan tenologi dengan duit je jadi raja manusia.

"Sir bagi salam dulu tak boleh ke? Ni main sergah macam tu je. Kalau saya ada sakit jantung lama dah mati kat sini" marah Nuha.

"Eh marah aku ke ni? " tanya P. Mateen yang bingung.

"Eh taklah marah katak dekat belakang sir tu" sambung Nuha.

Tapi memang betul pun belakang p. Mateen memang ada katak. Entah dari mana kemunculan putera katak tu.

P. Mateen segera berpaling. Terkejut beruk dia. Tu bukan putera katak tapi putera kodok.

Besar nak mampuih, makan orang ke apa kodok ni?

Tapi baru p. Mateen teringat dia ada sejarah hitam dengan kodok. Apa lagi terloncat lah dia di belakang Nuha.

Nuha semakin pelik. Apasal semua orang pelik harini? P. Mateen kan macho takkan kodok yang lembik itu pun dia takut.

"Ee sir ni kenapa? Jangan sentuh bahu saya lah. Harammm! "Tempik Nuha.

P. Mateen segera leraikan tangannya.

"Aku tak boleh lah dengan kodok ni! Tolong aku budak.. Halau kodok ni.. Huhu" p. Mateen dah terdesak dah tu.

"Nuha please help me. Aku akan cerita kenapa aku takut dekat putera kodok ni. But please.. Jalan tepi biar jauh dari si kodok ni"

Weh dah sebut nama Nuha tu. Memag terdesak sangat si p. Mateen ni. Tapi apa yang lebih menarik dia dapat tahu cerita p. Mateen dengan kodok haha.. Ni boleh gelak setahun ni. Boleh jugak kongsi berita hangat ni dekat peminat p. Mateen. Biar mereka tahu p. Mateen takdelah hebat sangat hahaha.

Jahat kau Nuha!

"Ok saya bantu sir tapi janji ye nak cerita dekat saya tentang kodok tu... Hahaha" akhirnya Nuha melepaskan tawa.

"Ye, aku janji lah budak"

Nuha pantas membawa p. Mateen menjauhi kodok tersebut.

P. Mateen menggosok badannya. Konon menyapu habuk dekat baju. Ceh tunjuk macho lah tu.

"Thanks budak... Nantilah aku cerita. Sekarang ni kau tak nak balik ke? Orang dah start balik dah tu" tunjuk p. Mateen ke arah sekumpulan pelajar yang menggelek bagasi.

"Dush, lupa pulak. Aku tak siap packing barang lagi ni. Oklah sir i need to go. Bye" sengih Nuha.

P. Mateen sekali lagi terkaku melihat mata Nuha.

Daun yang luruh dari pokok akibat tiupan angin yang agak kencang dibiarkan begitu sahaja. Dia masih memandang Nuha dari kejauhan.

Kenapa budak tu nampak menarik di matanya?

Namun hatinya sudah tahu akan jawapannya.

Dan waktu sekarang biarlah dia tidak tahu jawapannya. Kerana dia belum bersedia untuk mengetahuinya.

Di dalam matamu ada jiwa yang ku kenal,
Di dalam hatiku sudah ada jiwa yang baru.
Jadi di manakah permulaannya?
Dan di mana juga pengakhirannya.

My Hot Lecturer ✔️जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें