DDL~1

7.7K 291 3
                                    

"Ma,"

"Yes sayang?"

"You see those two birds up there?"

Delilah melontar soalan tanpa memandang wajah wanita di sebelahnya. Khusyuk sangat perhati tiga ekor burung yang bertenggek diatas kabel elektrik di tepi jalan. Riuh berkicau.

"What's wrong with that?" Lea toleh dengan dahi berkerut sikit.

"Mama rasa dorang tengah borak pasal apa?"

"Entah.. mungkin tengah bincang pasal honeymoon kut."

Balasan dari mamanya berjaya membuat Delilah menyungging senyum. Kemudian dia diam lagi merenung kearah yang sama.

"Mama rasa.. burung pernah alami rasa patah hati macam kita tak?"

Tersentak Lea di tempatnya. Si gadis yang masih merenung kearah burung itu dipandang hairan. Tak sempat dia nak menjawab, lampu isyarat bertukar hijau. Lantas dia melanjutkan perjalanan mereka.

Delilah memejam mata merasai kedinginan bumi selepas dituruni hujan. Tangan turut terawang-awang di udara.

"D nervous ke?" Lea memulakan perbualan lagi.

Delilah buka mata, pandang semula wajah si ratu hati. "Nope.. why should I?"

"Kejap lagi kita akan sampai, D tak nervous nak jumpa anak uncle Amza?"

Delilah senyap. Sedikit tertarik dengan pertanyaan itu.

"D pasti dia takkan mudah terima kehadiran kita. Mampu ke mama hadap reaksi dia nanti?" Soalnya pula berterus-terang.

"I don't know. I kinda nervous too. Harapan mama, harapnya dia akan terima kita tak kiralah lambat atau cepat. D cubalah berkawan dengan dia nanti, okey?"

Bibir Delilah terangkat sebelah. Pandangan dia kalih kesisi. "I will if he wants to."

Dia tak pernah kenal orang yang dibicarakan oleh mamanya. Nama pun dia tak ambil peduli. Apa yang dia tahu, anak lelaki uncle Amza itu tua setahun darinya. Sekarang bila insan itu sentiasa disebut-sebut oleh mamanya, dia mula rasa sedikit curious.

"What about you?" Lea melontar soalan lagi.

"What?"

"D dah boleh terima kehadiran uncle Am dalam hidup D?"

"Kalau D tak terima, D takkan benarkan dia untuk jadi suami mama." Ujar Delilah laju.

"Tapi mama dapat rasa yang D terima dia hanya semata-mata sebab mama."

Senyap.

Benarlah sangkaan mamanya itu. Setahun lebih mengenali lelaki yang bernama Amza Khaizan tidak cukup untuk membuat dia menerima sepenuhnya kehadiran lelaki itu di hidupnya.

"He's a good man, ma.. at least that's what I think for the past one year and a half. And I just want you to be happy."

Ya.. lelaki yang bernama Amza itu melayan mamanya dan dia sendiri dengan sangat baik. Malah lebih baik dari papa kandungnya. Tapi dia tidak mampu untuk berhenti berfikir bahawa lelaki itu tidak ikhlas menerima dia dan hanya sekadar menginginkan mamanya.

"Mama akan happy kalau anak mama pun rasa benda yang sama."

Sejenak, terasa tangannya digenggam kemas oleh Lea. Bibir wanita itu melengkung dengan senyuman.

"I'm happy, ma.."

I'm happy for you.. gumamnya di dalam hati. Sekarang dia cuma ada mamanya. Kebahagiaannya juga terletak pada wanita itu.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin