DDL~2

5K 244 3
                                    

Kereta Honda Jazz milik Lea memasuki perkarangan rumah banglo bertingkat dua itu. Di laman depan berdirinya seorang lelaki sedang tersenyum menanti kedatangan mereka. Segak dan rapi pakaiannya, membuatkan Delilah memuji di dalam hati.

Lelaki itu sebaya dengan mamanya. Kacak sudah semestinya walaupun dia memakai kaca mata. Gayanya tampak budiman, itu yang paling Delilah suka.

Dan ya, berbanding papanya, Delilah rasa lelaki yang baru seminggu menjadi suami mamanya itu jauh lebih baik dalam setiap aspek. Baik dari segi personaliti dan kemewahan.

Namun dia beringat sendiri. Jangan terlalu percaya dengan apa yang diperlihatkan sekarang. Sedangkan langit pun berubah, apatah lagi manusia.

Lea keluar dari kereta seraya mendekati lelaki itu.

"Am.." senyumannya memekar saat lelaki yang bergelar suaminya itu membalas pelukannya.

"Lama tak nak cari alamat ni?"

"Taklah. You kan dah bagi I direction siap-siap. Tadi singgah dekat Petron sekejap."

Delilah yang masih berdiri di sisi kereta, hanya sekadar menggelengkan kepala melihat kemesraan pengantin baru itu. Sepintas lalu, matanya meliar memerhati rumah banglo di depannya. Nampak mewah dan elegant. Bahagian yang paling menarik perhatiannya adalah beranda terbuka di atas sana. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah bapa tirinya.

"D.." Lea menyeru.

Perlahan Delilah datang merapat. Kepala ditundukkan sikit tatkala berpandangan dengan bapa tirinya, tanda menyapa.

"Barang-barang D semalam uncle dah letakkan dalam bilik D." Senyuman Tuan Amza masih tak hilang. Malah semakin melebar pula.

"Terima kasih." Ucap Delilah, pendek.

Semalam ada beberapa orang pekerja yang diupah Tuan Amza untuk mengangkut barang mereka. Jadi, hari ini mereka hanya membawa bagasi pakaian sahaja.

"Mari masuk,"

Sepinya rumah itu sangat terasa. Mata Delilah asyik meliar memerhati sekeliling. Cantiknya setiap ruangan rumah yang bertemakan warna coklat dan putih itu hampir membuat dia terpegun. Walaupun kelihatan mewah, dekorasi di dalamnya sangat sederhana. Ruang tamunya tampak unggul dengan gabungan rekaan klasik dan moden, mencerminkan personaliti pemiliknya, Tuan Amza Khaizan.

"D suka rumah uncle?" Tuan Amza menyoal. Melihat bagaimana telitinya Delilah merenung setiap sudut, dia yakin rumah yang sudah beberapa tahun dia diami ini membuat Delilah mula selesa.

Tepat jangkaannya, gadis itu mengangguk.

"It's feel like home." Ringkas sahutannya tanpa ada niat untuk mengulas lebih lanjut.

Tuan Amza dan Lea berpandangan sendiri sambil tersenyum.

"Glad to hear that. Come on.. I'll show you your room."

Tangga yang berlantaikan papan kayu didaki untuk menuju ke tingkat atas. Ruangan di tengah-tengah itu juga diisi dengan set sofa. Di sebelah sisi pula terdapat folding door yang menghubungkan ruang tamu tersebut dengan beranda terbuka yang luas tadi.

"Bilik mama dengan uncle sebelah kiri. Bilik D pulak sebelah kanan." Terang Amza.

Delilah angguk saja sambil mengikut langkah lelaki itu.

"Sebelah bilik D ni bilik anak uncle." Usul Amza lagi.

Delilah toleh kesisi melihat pintu bilik yang tertutup rapat. Barangkali insan yang berada di sebalik pintu itu benar-benar tidak menginginkan kehadiran mereka, sebab itu langsung tak keluar jengukkan muka.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now