DDL~9

3.7K 203 11
                                    


"Delly!"

Dari jauh lagi Myra yang ayu memakai A-line dress sudah memanggil sambil melambainya tinggi. Delilah ukir senyum. Kepala pula tergeleng kecil.

Myra nampak dia macam nampak budak-budak Ribena.

"Morning!" Ujarnya pula setelah menapak mendekati gadis itu.

"Good morning!" Myra membalas. Turut terzahir segaris senyuman lebar yang langsung menampakkan lesung pipitnya.

"Dah lama sampai ke?"

Delilah melontar soalan. Hairan juga kenapa Myra hanya tercegat di kawasan parking pelajar ini sejak dari tadi.

"Taklah, baru aje.."

"Kalau macam tu, apa tunggu lagi? Jomlah masuk kelas."

Riak Myra nampak serba salah ketika itu. Dan dalam waktu yang sama, sebuah kereta Subaru memasuki perkarangan kolej dan memarkir tepat di hadapan mereka.

Delilah perasan wajah Myra kelihatan lebih berseri daripada sebelumnya. Lantas pandangan turut dipakukan pada kereta Subaru tadi. Kening terjongket sebelah. Tertanya-tanya gerangan si pemandu.

Selang beberapa saat..

"Hey ladies..!"

Terjengul wajah ceria seorang Laith di balik pintu kereta. Jejaka itu segak berkemeja petak-petak emerald yang dipadankan dengan baju-T putih dan chino pants.

Myra melambai, manakala Delilah pula sekadar tersenyum. Tak lama selepas Laith keluar dari kereta, Qash Hayyan pula yang memunculkan diri. Terpegun Delilah melihatnya.

Jika tadi dia memuji Laith segak, kali ini hatinya pula kagum dengan penampilan Qash yang ala-ala Oppa.

Plain T-shirt kelabu di-tuck in kemas pada trousers hitam. Turut disesuaikan juga dengan blazer dari rona yang sama. Spek mata terletak elok. Rambutnya juga tersisir kemas.

Hella..

He's so fine!

..walau tanpa secalit senyuman.

"Morning."

Delilah tersentak bila tiba-tiba Qash menegur dengan suara husky-nya, wajah pula datar tanpa sebarang riak.

"Morning?!" Sekonyong-konyong, Laith terjerit besar. Tenung Qash dengan riak terkejut.

Myra tercengang. "Telinga saya ada masalah ke?"

Delilah pula berubah hairan. Mata yang terpaku pada Qash tadi spontan memandang Laith dan Myra silih berganti.

Budak berdua ni dah kenapa?

"K-..kau-" Laith tunjuk Qash dengan gagap. "Qash Hayyan, kau demam ke?" Tangan tak tunggu lama mendemah dahi jejaka itu.

Qash jauhkan diri. Tak suka bila dirinya disentuh. Tanpa kata, dia mengorak langkah meninggalkan mereka yang masih tercongok disitu.

"Weh, Qash Hayyan! Tak guna.. bertahun-tahun aku berkawan dengan kau tak pernah sekali pun kau ucap selamat pagi kat aku. Weh! Tunggulah.."

Sambil merungut, Laith laju mengejar langkah Qash. Dek kerana geram tangannya gatal mahu menjerut leher Qash namun jejaka itu terlebih dahulu mengelak. Hampir-hampir Laith tersungkur ke depan.

Delilah yang menjadi pemerhati hanya mampu terkebil-kebil sebelum melangkah bersama Myra.

"Awal-awal pagi lagi Qash dah buat perangai pelik." Ujar Myra, tidak semena-mena.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now