DDL~21

3.1K 225 10
                                    

Lama dia bercekak pinggang di depan cermin panjang yang bersebelahan dengan meja solek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lama dia bercekak pinggang di depan cermin panjang yang bersebelahan dengan meja solek. Cermin yang baru minggu lepas Tuan Amza beli untuk dia. Dah nama tauke perabot, semua jenis benda lelaki itu nak sumbat masuk ke dalam biliknya ini. Katanya, supaya dia lebih selesa. Tuan Amza tak tahu ke yang dia dah terlebih selesa tinggal di bilik idamannya ini?

Tak. Bukan itu yang Delilah bimbangkan sekarang. Dengusan kecil keluar dari rongga hidung. Otak masih menimbang-nimbang keputusan yang perlu dilakukan.

Masih bercekak pinggang, dia perhati penampilannya yang sekadar berbaju T putih, di tuck-in dengan seluar slack hitam straight cut. Sekilas dia kerling kearah birai katil. Bawah bibir digigit perlahan sambil merenung objek itu. Mulut mendesis tak sudah. Teringat balik niatnya malam tadi.

Gencatan senjata?

Dia bercakap tentang gencatan senjata, tapi sekarang dia pula yang hendak memulakan perang.

Nak pakai ke tidak?

Hati masih berbelah-bahagi. Beberapa minit bergelut dengan minda, akhirnya dia buat keputusan berani mati. Lantaklah apa yang jadi!

Itu motivasinya ketika masih berada di rumah. Setelah memasuki kawasan kolej pula..

'Kau buat kerja gila apa ni Delilah? Kalau bergaduh lebih teruk lagi macam mana?'

Berkali-kali minda memutarkan persoalan itu sehingga berkerut-kerut dahinya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Tangan memukul kepala sendiri. Sedikit menyesal dengan tindakannya kala ini.

"Delly!"

Elok dia berjalan sambil merenungkan dosa sendiri, satu suara nyaring memanggil namanya. Suara yang tidak asing lagi pada pendengaran.

Delilah angkat wajah sebelum dia tergamam di tempatnya. Myra baru sahaja keluar dari kereta
Honda sambil melambai kearahnya, bersama seorang lelaki yang memandu kereta mewah itu. Mata Delilah membuntang.

Kejutan apa yang Myra bagi tengah hari buta begini?

"Bye daddy!" Manja suara Myra berpamitan dengan lelaki yang bergelar ayahnya itu.

Lelaki yang jelas, turut melorek senyum kearah Delilah sebelum berlalu ke bangunan pejabat tadbir.

"Hai Delly!" Seperti biasa, wajah Myra manis menyapanya.

"Daddy?"

Delilah masih dalam mode terkejut dikala gadis itu berdiri di sebelahnya.

"Daddy?! Sir Hanil daddy awak?"

Tiba-tiba dia teringatkan perbualan mamanya dan Hanil malam tadi. Ah, sudah! Kenapa orang-orang di sekelilingnya semuanya berkait rapat?

"Oh, saya tak pernah bagitau ya?"

Lantas Delilah menggeleng deras. Kalau bagitau, dia tak se-terkejut ini!

"Lupa.. well yeah he's my dad. Tapi itu tak bermaksud saya boleh buat sesuka hati aje dekat kolej ni." Myra tarik sengih.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now