DDL~44

3.4K 304 36
                                    

Siang hampir bertukar ke malam. Matahari semakin terbenam di ufuk barat. Tapak perkhemahan kini terang-benderang dengan lampu-lampu yang dipasang oleh pihak kem. Delilah keluar dari khemah dengan kepala berbungkus tuala. Rasa segar lepas mandi.

Ketika itu juga, dia terpandangkan Qash yang turut keluar dari khemah sebelah sambil mengelap rambut menggunakan tuala kecil yang kemudiannya disangkut pada leher.

Entah macam mana bibir Delilah boleh mengulum senyum pula. Qash nampak kacak sungguh dengan baju T putih longgar serta sweatpants berwarna kelabu. Dengan rambutnya yang jelas sedikit serabai tidak seperti biasa, Qash tampak sangat maskulin.

Bila jejaka itu perasan akan dia yang memandang, Delilah cepat-cepat toleh kearah lain. Tak mahu ketahuan yang dia tengah usha Qash.

Dia berjalan kearah Diaz dan Jayden yang sedang menghidupkan api di tempat BBQ. Dari jauh lagi dia boleh nampak kerisauan yang dibuat-buat oleh Jayden.

"Kau pasti ke api ni takkan bakar pondok BBQ ni? Kang terbakar, mau seminggu kau duduk kat sini." Boleh pula dia bertanya begitu!

Diaz di sebelahnya dah menghadiahkan jelingan maut. Tahu yang Jayden bergurau sebab soalan tu tak logik sungguh.

"Kau kan kalau aku panggang mulut kau tu, agak-agak kau boleh bercakap lagi tak?" Omel Diaz, sambil tunjuk grill yang diletakkan diatas bara yang mula menyala.

Jayden ketawa. "Bapak garang!"

Tapi dia langsung tak serik nak bergurau dengan sahabatnya yang seorang itu.

"D.. kau hidu jap baju aku ni. Ada bau asap tak?" Berkerut-kerut dahi Jayden sambil menyuakan baju di tubuhnya kepada Diaz.

Diaz yang mula hairan menurut. Tundukkan kepala menghidu baju Jayden sambil mengomel.

"Kau ni dah kenap—"

Cup!!

"Hoih! Babiii.." Spontan Diaz mencarut ketika Jayden selamba mengucup dahinya sebelum jejaka itu berdekah gelak.

Prank menjadi!

"Hahaha.. sweet tak aku, D? Hari tu aku nampak orang buat kat tiktok.." jelas Jayden secara tidak langsung.

"Sweet kepala otak kau! Nak jadi gay jangan bawa aku sekali." Diaz angkat kaki panjangnya dan menerajang pinggul Jayden.

"Alah.. don't la angry, bang.. I kidding-kidding only." Usik Jayden lagi. Sengaja menabur ayat broken English membuatkan Diaz menjulingkan mata.

"Cukup-cukuplah tunjuk perangai hanat kau tu, Jayden!" Tempelaknya. Pada waktu yang sama, dia menyedari Delilah yang datang mendekati meja panjang yang terdapat di pondok BBQ itu.

"Patutlah pun kau ni ada gaya-gaya macam otak tak cukup fius, Diaz." Tukas gadis itu.

"Kau cakap apa?!"

Muncul muka garang Diaz.

"Dia tengah menganjing kita tu, D.." Jayden pula jadi batu api. Tapi cepat-cepat dia tarik sengih bila Delilah angkat wajah, tenung dia dengan tajam.

Pandangan tu.. pandangan yang tampak serupa dengan Diaz bila Diaz geram. Seram semacam!

Perhatian mereka terganggu tatkala Eden muncul bersama Laith dari pondok terbuka di hadapan sana. Awal tadi, mereka berdua dipanggil oleh sir Hanil untuk mengambil makanan.

Penuh tangan mereka berdua dengan beberapa plastik yang tak dapat nak dipastikan isinya.

"Wah! Seafood.." Bersinar mata Jayden tatkala Laith meletakkan tray berisi sotong, udang dan kekapis yang siap diperap dengan rempah. Jadi ini sebabnya sir Hanil menyuruh mereka untuk menyediakan tempat BBQ.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Место, где живут истории. Откройте их для себя