DDL~51

5.7K 337 63
                                    

Burrr..!

Tersembur air yang baru diteguk Diaz. Padah bila minum sambil berjalan. Tapi, rasanya itu bukan alasan yang sesuai dengan situasi sekarang. Melainkan kerana seorang gadis bernama Delilah.

"Where the hell are you going?" Soalnya dengan nada tinggi. Terbeliak matanya menyaksikan si gadis yang baru turun dari tingkat atas itu.

"And what the heck are you wearing?" Atas bawah dia pandang Delilah dengan riak judgemental. Bibir terjungkit jelek.

Delilah yang terkebil-kebil ditempelak begitu terus saja merenung penampilannya sendiri dengan riak wajah sebek.

"Apa yang tak kenanya? Tak cantik ke? Atau keterlaluan sangat?"

Diaz tidak terus menjawab, sebaliknya dia kembali mengamati pakaian yang tersarung di tubuh Delilah. Knitted cardigan. Flared skirt atas lutut. Rambut ponytail-nya dihias dengan ribbon putih. Wajahnya pula berseri-seri dengan mekap yang tak terlalu tebal. Sangat berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Yang mana kebiasaannya Delilah sekadar mengenakan lipstick.

Hanya satu perkataan yang terlintas di fikiran Diaz. Menawan. Delilah terlihat lebih mirip Lea. Pun begitu, mulut Diaz pula menderhaka pada kata hati.

"Nampak macam badut ada lah! Kau nak kemana sampai duk merenyam gini?"

Wajah Delilah cemberut serta-merta. Dia yang bodoh kerana meminta pandangan Diaz. Sudah jelas jejaka itu akan mengkritiknya.

"You look gorgeous." Tuan Amza yang sedari tadi duduk di ruang tamu datang mencelah. Ulas bibirnya merekah dengan senyuman kagum.

"Diaz kata macam badut." Spontan saja Delilah mengadu sambil jeling Diaz.

"Abaikan dia. Orang yang tak tahu definisi kejelitaan memanglah akan cakap macam tu." Tukas Tuan Amza selamba. Melongo Diaz yang mendengarnya.

"Baba!"

Baba ni memang sengaja nak malukan dia depan Delilah agaknya.

"Nak keluar dengan siapa ni?" Usul Tuan Amza lagi.

Delilah tersengih segan. "Qash."

"Qash?!" Lain yang bertanya, lain pula yang memberi reaksi. Terus Delilah jeling Diaz yang separa menjerit. Hiperbola sungguh mamat ni!

"Kawan D yang kelmarin tu?"

Satu anggukkan diberi.

"Hati-hati."

Ringkas pesanan Tuan Amza seraya menyoroti langkah Delilah sehingga figura gadis itu hilang dari pandangan.

"Si Qash Hayyan tu memang bagi pengaruh buruk dekat Delilah. Selama ni mana pernah Delilah berpenampilan feminin macam tu." Becok mulut Diaz mengomel tak puas hati.

Ini kali pertama dia melihat Delilah berpenampilan begitu. Penampilan yang tersangat next level baginya. Risau juga andai Delilah benar-benar buang tebiat disebabkan Qash. Tapi dia juga tidak menafikan bahawa apa yang dilihatnya sebentar tadi seakan membuatkan dirinya kagum.

Mengikut pandangannya, Delilah tampak lebih 'hidup' dan bersemangat. Ceria semacam.

"No." Tuan Amza tersenyum di tempatnya. Ada rasa lega yang mengetuk pintu hati. "She's starting to like her old self." Ucapnya sambil menepuk bahu anaknya sebelum berlalu.

Diaz terkulat-kulat tidak mengerti.

"She is?"

Di luar rumah, Delilah dapati Qash sudah pun menanti di tepi kereta. Jejaka itu kelihatan berpeluk tubuh sambil tunduk. Sebelah kakinya dihayun malas.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt