DDL~26

3.5K 275 35
                                    

"Jangan lambat bangun. Nanti terlambat pergi kelas pula."

Itu pesanan mama sebentar tadi. Pesanan yang dia sangka mimpi, tapi rupanya benar. Dan sekarang, dia kelam-kabut untuk bersiap gara-gara terlewat bangun. Alarm yang berbunyi setengah jam yang lalu pun dia langsung tak dengar. Sudahnya, dia terlajak tidur dan sekarang sedang memaki hamun diri sendiri.

Baju dan seluar dia pakai apa yang tercapai dek tangan dari dalam almari. Tak sempat nak pilih. Rambut juga dia sikat ala kadar.

Di saat dia seperti ribut kesana kemari di dalam biliknya, telefon yang berada diatas birai katil berdering. Lihat pada nombor yang tertera, Delilah berdecit.

"Kau nak apa Diaz!"

Tak ada salam, tak ada helo, Delilah langsung menempelak seraya duduk di depan cermin panjang. Membetulkan rambutnya.

"Woi, Delilah! Kau baru bangun?" Diaz di talian seolah-olah dapat meneka.

"Anak dara jenis apa kau ni lambat bangun?" Memerli.

"Jenis yang lambat bangunlah! Kau nak apa telefon ni?"

Delilah geram. Sudahlah dia lambat. Dengan Diaz yang menelefon tanpa tujuan jelas, buat dia lagi terlambat!

"Kau tolong aku." Diaz usulkan permintaan.

"Baik pulak aku nak tolong kau."

"Eh, Delilah. Aku mengadu kat aunty nanti."

Tajam Delilah memandang kearah telefon. Seolah-olah sedang merenung Diaz tajam.

"Kau ni kenapa sikit-sikit nak mengadu kat mama?"

Badi agaknya Diaz ni. Sejak kebelakangan ini Diaz suka sangat ugut dia dengan nama mama. Sikit-sikit mengadu. Sikit-sikit aunty. Mama pun.. bukan main baik lagi dengan Diaz.

"Kau masuk bilik aku, kau cari baju sukan aku." Arahan diberi. Diaz seperti tidak peduli dengan keadaan Delilah sekarang.

"Aku dah terlambat ni, gila! Mana aku ada masa nak cari baju kau?"

"Ah aku tak kira! Aku terlupa bawa tadi. Sekarang ni aku tak sempat nak ambil. Kau bawakan sekali, dekat kolej nanti bagi dekat aku." Usul Diaz.

Sungguh! Dia benar-benar terlupa hendak membawa bajunya untuk latihan bola baling nanti. Mujurlah Delilah masih ada di rumah.

Sekarang dia baru tahu fungsi seorang adik tiri yang sesungguhnya.

"Ta-.."

Klik!

Melopong mulut Delilah apabila jejaka itu selamba sahaja mematikan panggilan.

"Erghh... Diaz!!" Jeritnya geram. Diaz ni boleh mati agaknya kalau bercakap baik-baik sebelum tamatkan panggilan.

Kemas semua barang yang perlu dibawa, dia segera keluar dari bilik dan menuju ke kamar Diaz.

"Mana pulak baju si Diaz ni!" Berdecit geram, dia terkapar-kapar mencari baju yang dimaksudkan Diaz.

Sudahnya, dia berputus asa. Kaki pantas menuju ke laundry room di tingkat bawah. Nasib menyebelahinya, disitu terdapat baju berlogo kolej Inca yang elok tersidai di satu sudut.

"Bodohlah Diaz ni. Kata dalam bilik, padahal masih ada kat sini." Terkumat-kamit mulutnya mengomel sambil memasukkan baju Diaz ke dalam beg kertas kecil.

Pakcik Razak sudahpun menanti di tepi kereta tatkala dia keluar dari rumah.

"Delly jangan laju sangat berjalan.. kaki tu baru aje sembuh." Pakcik Razak menegur apabila melihat si gadis yang tergesa-gesa menapak ke kereta.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now