DDL~36

3.8K 272 30
                                    

Lea bercekak pinggang memerhati anak gadisnya yang sedang meneguk air masak di dapur. Kerisauan yang menyelubungi hati sejak kelmarin lagi semakin bertambah melihat Delilah yang asyik terbersin.

"D okey ke tak ni? Dah selesema macam ni, boleh ke nak masuk kelas?"

Akhirnya dia menyuarakan kebimbangannya. Anak gadisnya ini jarang sakit tapi sekali terkena, mahu berhari-hari juga baru sembuh.

"D okeylah.. D dah makan ubat. Nanti hilanglah selesema ni." Sahut Delilah yakin. Namun langsung tak mengurangkan gusar Lea.

"D ni memang cari penyakit sungguh. Elok-elok sihat, nak juga cari penyakit. Tidur dekat luar rumah.Tak pernah dibuat orang tau tak? Tengok, dah sakit siapa yang tanggung?"

Buat kesekian kalinya wanita itu membebel. Terkejut bukan kepalang dia apabila sepulangnya dia dan Tuan Amza ke rumah awal pagi itu, mereka dapati Delilah dan Diaz sedang elok tidur di pangkin balkoni atas. Masing-masing berbungkus selimut dan baring mengiring membelakangi antara satu sama lain.

Sungguh tak disangka anak-anak muda itu melakukan hal yang di luar jangkauan mereka.

"Malam tu tak sejuk mana pun, ma.. angin pun tak kuat." Dan Delilah masih membela diri seperti kelmarin.

Dia sendiri pun tak menyangka dia akan dapat penyakit gara-gara tidur di balkoni itu. Kebiasaannya, imun badan dia kuat.

"Tak kiralah angin tak kuat atau kuat, dah namanya malam.. memanglah akan sejuk." Omel Lea lagi. Satu keluhan turut terzahir. "Apa nak jadi dengan D dan Diaz ni? Mama pesan jangan bergaduh, alih-alih buat kerja gila tidur kat luar."

"Mama kan tau D takut gelap. Sudahlah Diaz pun tak boleh diharap. Lebih penakut dari D!" Usul Delilah, lagi-lagi nak menyalahkan Diaz.

Kalau Diaz tak terlalu pengecut nak turun memeriksa meter, mereka tak akan buat kerja gila begitu.

"Eh, sama aje dua-dua. Sama-sama penakut." Cantas Lea bersama jelingan.

Delilah mencebik manja. Serentak itu..

"Haachuu!"

Terdengar kuat suara bersin Diaz yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Masuk ke dapur, dia tersentak melihat Lea dan Delilah yang sedang memandangnya.

"Diaz dah makan ubat?" Soal Lea pantas. Diperhati si anak tiri yang masih berpijama itu. Dia agak, Diaz tiada kelas pagi hari ini.

Perlahan Diaz menggelengkan kepala. Niat nak mengambil air sejuk langsung terbantut. Pagi ini, dia merasakan badannya mula panas. Tidak seperti kelmarin.

"Diaz makan ubat dulu. Lepas tu rehat. Diaz tak ada kelas kan pagi ni?"

Geleng lagi. Kelas dia bermula pada pukul sebelas pagi nanti. Jadi ada masa lagi untuk dia berehat.

Delilah hulurkan ubat yang sama dimakannya tadi kepada Diaz. Lea pula menghulurkan segelas air masak.

Tapi, Diaz tidak terus memasukkan ubat ke dalam mulut. Malah ditenungnya sebiji ubat itu.

"Kenapa?" Lea yang memerhati menjadi hairan.

Diaz panggung kepala sambil teragak-agak mahu bersuara. Jawapannya bakal mengejutkan kedua orang hawa itu.

"Pahitlah.."

Terbeliak terus biji mata Delilah. Lea pula terpinga-pinga.

"Habis tu kau expect apa? Ubat tu manis?" Selar Delilah laju. Dari rasa lemah badan terus bersemangat nak maki Diaz.

"D.." lantas Lea menegur sebelum mengukir senyum kepada Diaz.

"Diaz makanlah sebiji.. nanti makin melarat pula selesema Diaz tu." Pujuknya selembut mungkin.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now