DDL~33

3.9K 281 23
                                    

"Esok aku nak breakfast in bed. Kau kena bawakan aku breakfast kat bilik aku. Tiada sebarang bantahan diterima."

Itu arahan yang diterima oleh Delilah petang kelmarin. Sakit hati sudah semestinya. Namun, Diaz lebih berkuasa hanya kerana jejaka itu mempunyai barang miliknya. Hendak tak hendak, terpaksa dia turuti.

Sementara menyediakan bahan untuk memasak, Delilah sempat memerhati orang tuanya yang baru sahaja mahu berangkat ke luar daerah atas urusan kerja. Hujung minggu ini, dia ditinggalkan bersama Diaz di rumah besar ini. Bosan sungguh hidup dia.

"D behave, okey? Jangan cari gaduh dengan Diaz."

Lea berpesan. Seolah-olah sudah mendapat bayangan anak gadisnya itu akan bertekak lagi dengan Diaz sepanjang ketiadaan mereka.

"Ma salah nasihat orang ni.. sepatutnya nasihat mama tu dituju dekat Diaz."

"D.." Lea mengeluh kecil. Tergeleng kepalanya melihat reaksi bersahaja Delilah.

Sedang itu, Tuan Amza turun dari tingkat atas sambil tangan menekap telefon ke telinga. Lelaki itu membicarakan sesuatu yang Delilah pasti ianya berkaitan kerja.

Seketika, sempat Tuan Amza menghulurkan beberapa keping not 100 kepadanya. Delilah terkebil-kebil tidak mengerti.

"Duit jajan.." Ucapnya ringkas.

"Tapi duit D ada lagi.." Delilah membalas polos.

"Duit D tu simpan ajelah.. buat tabung. Ambik ni, kutlah D nak beli apa-apa nanti." Masih menghulur tangan, Tuan Amza tetap mahu gadis itu menerimanya.

"D tak ada nak beli apa-apa.."

"Take it, D.." Kali ini nada Tuan Amza terselit sedikit ketegasan. Memaksa secara halus. Lea turut memainkan peranan, memberi isyarat kepada Delilah.

Dengan penuh rasa keterpaksaan, Delilah sambut jua huluran wang tersebut. Sekarang dia sedar akan satu hakikat. Sedikit sebanyak, Tuan Amza punya sifat pemaksa. Sama macam anak lelakinya.

"Come again? Sorry I was talking with my daughter." Tuan Amza kembali berbual di talian seraya melangkah keluar dari rumah membawa sebuah bagasi kecil.

Delilah yang mendengar sedikit tersentak. Selamba saja Tuan Amza menggelarkan dirinya sebagai anak.

Anak perempuannya..

"Ma.." Delilah terus menoleh kepada Lea dengan decitan panjang.

"Ambiklah.. tak baik tolak rezeki tau." Usul Lea pula, mengerti dengan raut wajah anaknya saat itu.

Sesaat kemudian, Tuan Amza muncul semula.

"Nak gerak sekarang?" Soal Lea.

Satu anggukkan diberi. "Beg laptop I masih kat atas. You masuk kereta dulu.. I naik pergi ambik sekejap."

"Biar D tolong ambil." Pantas Delilah menawarkan diri.

Tuan Amza dan Lea berpandangan seketika sebelum sama-sama tersenyum memerhati si gadis yang sudah pun mengorak langkah.

"Thanks D!"

Delilah segera menuju ke bilik kerja Tuan Amza yang ada di tingkat bawah. Beg laptop yang dimaksudkan elok terletak diatas kerusi. Tapi apa yang tiba-tiba menarik perhatian Delilah ialah sebuah buku yang tergeletak diatas meja.

Berubah wajahnya melihat buku tersebut. Hairan pada waktu yang sama. Sejak bila Tuan Amza ada buku tu?

Dengan pelbagai andaian yang berlegar di minda, dia keluar membawa beg laptop milik lelaki itu.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now