DDL~30

3.3K 268 32
                                    

"Aku rasa parents Delly ni memang jenis yang strictlah."

Laith mengusulkan apa yang bermain di minda sejak tadi. Cawan kertas Zus Coffee di tangan digoyang-goyang perlahan. Sementara menanti masa untuk menonton wayang, mereka bertiga berjalan-jalan di sekitar pusat membeli belah itu.

"Iyalah agaknya.. atau mungkin Delly memang ada hal. Kita husnuzon ajelah.."  Sahut Myra. Pandang kearah Qash di sebelah, jejaka itu langsung tidak memberi komen.

Masing-masing agak terkilan kerana Delilah tidak dapat menyertai mereka. Tapi apakan daya.. mereka juga tak boleh memaksa.

Tiba-tiba, bunyi ketawa seorang gadis yang sedang melintas di hadapan menarik perhatian mereka.

"Bodohlah Diaz.."

Masing-masing terkejut melihat gerangan itu. Delilah berjalan berdua dengan Diaz!

"Delly? Delilah!" Tegur Laith, dimana menghentikan langkah kedua-dua individu tersebut.

Kini, mereka berlima saling berpandangan dengan satu ekspresi yang sama. Masing-masing tak menyangka akan pertemuan yang tidak dirancang ini.

"Laith..—"

Delilah kaku di tempatnya. Detik-detik ini dia rasa nak sorok muka dari semua orang. Bertemu pandang pula dengan Qash, buat dia terus diserbu rasa bersalah.

Pasti Qash menganggap yang bukan-bukan tentang dia.

"Kau.. dengan Diaz—"

Laith terkebil-kebil. Pandang Delilah dan Diaz silih-berganti.

Diaz yang masih setia berdiri di sebelah Delilah langsung tak berkutik. Namun melihat riak dingin si jejaka yang berbaju long sleeve, senyuman sinisnya perlahan tersungging.

"Err.. kita orang.." Bagai tak terkeluar suara Delilah dari kerongkong. Benar-benar buntu untuk membalas.

"Shopping. Tak nampak aku jinjit barang ni?" Sahut Diaz pula. Lengannya sengaja diletak diatas bahu Delilah. Tak lama selepas itu, perutnya terasa senak apabila Delilah bertindak menyikunya.

"Kau berdua?" Soal Laith. Musykil! Mana tak musykil kalau dekat kolej Diaz dan Delilah sentiasa berperang mulut, tapi kini berjalan berdua pula.

"Ha'ahlah.. ada nampak orang ketiga ke dekat sini?" Ujar Diaz. Sengaja sebenarnya. Dalam diam, dia mula seronok melihat reaksi Qash kala itu.

Reaksi yang jarang sekali dia lihat.

Delilah di sebelah dah menjegilkan mata. Diaz ni dah kenapa? Sengaja nak bocorkan rahsia mereka berdua ke macam mana?

"Korang buat apa dekat sini?" Cepat dia menukar topik. Senyum hambar ditayang. Atmosfera di antara mereka semakin lama semakin terasa janggal.

"Nak tengok wayang. Tadi Qash ada telefon, ajak awak sekali.." Myra membalas. Turut terukir senyuman kecilnya, menyerlahkan lagi kemanisan wajah gadis itu.

"Haa.. itulah.." Delilah angguk-angguk dengan rasa kekok yang teramat.

"Kau kata ada urusan lain."

Akhirnya Qash turut bersuara sambil pandangannya tepat pada wajah Delilah.

"Akulah urusan dia. Yang kau orang ni.. tanya banyak sangat soalan dah kenapa?" Jawab Diaz, membuatkan Delilah menyumpah di dalam hati.

Sikit lagi dia nak hentak kepala Diaz dengan kasut. Langsung tak beri kerjasama sungguh! Lagi nak buat orang sangsi.

"Tak.. aku memang ada urusan tadi. Terserempak pula dengan Diaz. Kan Diaz, kan.."

Disenggol-senggol sisi perut Diaz, meminta sokongan. Isyarat mata juga diberi sebagai amaran.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now