DDL~35

3.9K 272 8
                                    

"Aahhh!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aahhh!!!"

Diaz dan Delilah yang serentak keluar dari bilik terkejut melihat wajah masing-masing yang terkena biasan cahaya dari telefon.

"Shit! Kau ni! Terkejut aku." Carut Diaz tanpa sengaja. Bagai nak luruh jantungnya bertembung dengan Delilah disitu.

"Dah tu ingat aku tak terkejut tengok kau tiba-tiba muncul?" Delilah pula urut dada. Terkejut bukan kepalang!

"Kenapa blackout?" Muka Diaz saat itu berkerut resah. Cuak!

"Bukan aku ke yang sepatutnya tanya soalan tu?" Selar Delilah.

"Baba lupa bayar bil ke? Tak mungkin.." Diaz menggumam hairan.

"Kau pergilah tengok meter rumah ni. Entah-entah rosak ke.. hangus ke.."

"Kenapa aku pulak?"

"Habis tu? Tak kan aku yang kena check?" Nada Delilah naik satu oktaf.

Diaz ni biar betul? Tahulah memang kerek.. tapi tak akan sampai sanggup suruh dia yang perempuan ni turun bergelap ke tingkat bawah.

"Pergilah Diaz.. aku takut gelap!" Delilah tolak sikit tubuh Diaz untuk ke depan. Namun balasan Diaz selepas itu buat dia rasa nak hentak dahi ke dinding.

"Aku pun takut gelap!"

Tuhan! Dugaan apakah ini?

"Kau lelaki! Kenapa takut gelap pulak?" Tempelaknya lagi dengan mata terjegil. Wajah Diaz kala itu tampak benar-benar cuak.

"Lelaki pun manusia, Delilah. Normallah kalau takut." Diaz mengomel tak puas hati.

Berdecit geram, Delilah rasa tak percaya mendengar alasan jejaka itu. Badan punya tegap, muka garang ala-ala samseng.. tapi takut gelap?

"Kau jangan main-mainlah, Diaz. Tak kan kita nak bergelap sampai ke pagi?"

"Kaulah pergi! Aku takut.."

"Haih! Kau ni memang tak guna betullah.."

Rasa nak mengamuk, tapi dia lebih mengutamakan ketakutannya saat ini. Dia tak mampu nak duduk dalam gelap. Dia takut!

Dalam keterpaksaan, dia kuatkan hati untuk mengorak langkah. Kononnya mahu memeriksa meter di rumah ini walaupun dia sebenarnya tidak tahu apa-apa.

"Eh, eh.. janganlah tinggal aku bodoh!" Diaz pula pantas memegang hujung bajunya. Membuatkan Delilah mengeluh lagi.

Jalan punya jalan, tepat di depan tangga mereka berhenti. Delilah suluh ke bawah. Rasa seram sejuk bertalu-talu meyerang tubuhnya.

Lantas dia berpaling memandang Diaz dan turut memegang lengannya.

"Aku tak sanggup. Gelap tu Diaz!"

"Kau yang berani sangat tadi kan.." Diaz menepis. Tapi tak lama sebelum dia tarik Delilah menjauhi tangga lalu menuju ke ruang tamu kecil.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now