DDL~41

3.9K 344 30
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul tiga petang ketika para pengajar yang menjadi pengiring memanggil mereka semua untuk berkumpul semula. Masa rehat selama satu jam langsung tidak dapat menghilangkan kantuk dan penat ketika membuat aktiviti team building serta gadget tadi.

Pun begitu, keseronokan itu tetap mereka rasai. Masing-masing cuba bekerjasama dalam melakukan aktiviti berkumpulan. Delilah yang langsung tidak berinteraksi dengan Qash sejak tempoh hari, kini mula bercakap walaupun sekadar sepatah dua. Diaz juga nampak gayanya sudah dapat membiasakan diri dengan ahli kumpulan yang sebelum ini tidak disenanginya.

Aktiviti seterusnya, mereka akan masuk ke hutan di belakang tapak perkhemahan dan perlu menyeberangi sungai kecil untuk kesitu. Kebanyakkan mereka melompat keatas batu-batu besar untuk menyeberang.

Delilah mengambil kesempatan untuk mencangkung dan mengikat tali kasutnya yang hampir terlerai. Tak sampai beberapa saat, tiba-tiba sebatang tubuh merempuhnya dari belakang.

Bup! Delilah tersungkur ke depan. Diaz yang ketika itu sedang leka menangkap gambar menggunakan kamera digital yang dibawanya, langsung tak sedar ada insan sedang bertinggung di belakang. Sedar-sedar, dia hampir tersembam tatkala dia berjalan secara mengundur.

"Oii!" Delilah tak tunggu lama untuk menjerkah saat mengetahui gerangannya. Dia bangkit berdiri semula. Atas bawah dia pandang Diaz.

"Kau buta ke Diaz?"

"Sorry, tak nampak! Kau bercakap macamlah aku ada mata kat belakang, Delilah." Omel Diaz. Memang dia tak sengaja pun! 

"Dah tu jalanlah elok-elok.. yang kau berjalan mengundur tu kenapa? Ish!" Delilah menjeling, lepas tu pergi jauh-jauh dari Diaz.

Pasal.. dia tak nak digosipkan lagi dengan jejaka itu. Cukup-cukuplah disebabkan insiden stokin tadi. Setengah mati dia menafikan tanggapan mereka.

"Eh, minah ni.. baran pulak." Diaz mencebik bibir sebelum menyambung kerjanya yang tertangguh. Jadi fotografi tak berbayar sementara menanti yang lain untuk sampai ke seberang.

Sejurus itu, mereka meneruskan perjalanan sehingga ke trek yang diberitahu. Mereka berkumpul di kawasan hutan yang lapang sambil mendengar penuh teliti penerangan dari pengajar untuk aktiviti pencarian bendera.

Aktiviti berkumpulan ini memerlukan mereka untuk bekerjasama mencari tiga jenis bendera yang mempunyai point berbeza.

"Terdapat tiga jenis bendera yang akan awak cari. Pertama, bendera berwarna kuning untuk dua point. Kedua, bendera merah untuk empat point. Bendera yang ketiga adalah bendera berwarna hijau, yang mana hanya satu sahaja dan ia tersembunyi di tempat yang agak rumit. Bermakna, cuma satu kumpulan sahaja yang akan dapat bendera tersebut. Itu pun kalau kamu semua berjaya cari." Puan Hasnah, ketua pengiring kem memberi penjelasan mudah dan ringkas.

Terangguk-angguk kepala mereka sambil mempelajari peta yang diberi untuk kumpulan masing-masing. Mendengar perihal bendera hijau tersebut, mereka semakin bersemangat mahu memulakan pencarian. Malahan, setiap ahli dapat merampas bendera dari kumpulan lain.

"Masa diberi hanya satu jam sahaja. Berlegarlah awak di kawasan hutan ni. Selepas satu jam, wisel dan megaphone akan dibunyikan dan semua ahli kumpulan akan berkumpul semula disini. Mereka yang gagal untuk berkumpul tepat masa yang diberi, point mereka akan dipotong separuh. Jadi, pentingnya untuk awak semua sampai disini tepat pada waktunya. Faham semua?" Ujar Puan Hasnah lagi.

Mereka semua menganggukkan kepala sambil menjawab serentak. Satu peraturan yang diberi, mereka tidak dibenarkan mencari bendera di luar trek. Kawasan pencarian sudah dipagarkan dengan tali bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam kawasan yang betul.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now