DDL~32

3.8K 262 14
                                    

Telefon yang tergeletak di atas sofa berdering nyaring minta diangkat. Dengan malas, dia menilik skrin yang bernyala.

Incoming call from Setan..

Diaz mendengus, terus tekan ikon merah. Decline!
Dia kembali memasakkan pandangan pada skrin tv. Riuh ruang tamu itu dengan suara kuat dari Jayden dan Eden yang khusyuk bermain video game. Dia pula sekadar bersila diatas sofa dengan wajah monyok. Hilang mood sejak pagi tadi.

Tak sampai beberapa saat, telefonnya berbunyi lagi. Satu rengusan kasar terlepas dari bibirnya.

"Kenapa D?" Eden pandang dia sekilas.

Diaz geleng. Nak tak nak, dia sambut jua panggilan itu.

"Diaz!" Nada cemas Delilah kedengaran.

Diam. Berat pula mulutnya hendak bersuara. Apatah lagi mendengar suara gadis itu, buat hatinya semakin geram. Dia masih tak puas hati dengan perbuatan gadis itu!

Pun begitu, pertanyaan Delilah membawa kerutan di dahi.

"Diaz, kawan-kawan kau ada kat rumah ke?" Soal Delilah.

"Nak apa?" Diaz bertanya ringkas.

"Aku kat luar rumah ni! Macam mana aku nak masuk kalau kawan-kawan kau ada?"

Di luar rumah, Delilah sudah bercekak pinggang dengan wajah berkerut resah.

Kening Diaz hampir bertaut. Bingkas bangun, dia melangkah keluar dari rumah. Ternyata benar, Delilah sedang tercegat disitu. Panggilan dimatikan lalu dia datang menghampirinya.

"Kau buat apa kat sini?"

"Aku nak masuk.. urgent ni!" Delilah terdesak. Tapi langsung tak memberi kesan pada Diaz.

"Jadi?"

Hampir ternganga Delilah mendengar betapa selambanya jejaka itu.

"Macam mana aku nak masuk kalau kawan-kawan kau ada?"

"Urusan aku ke?" Diaz balas dengan renungan datar.

"Seriously?! Diaz, aku tak main-main tau. Aku ada hal mustahak ni. Kejap lagi aku ada kelas. Aku nak cepat.. kau tolonglah aku." Ujar Delilah lagi. Masih tidak mengerti punca ekspresi Diaz.

"Kenapa aku nak kena tolong kau?"

"Kau gila ke? Kau nak kawan-kawan kau nampak aku dekat rumah tu?"

"Itu urusan kau. Tak ada kena-mengena dengan aku. Baik pula aku nak tolong orang yang dah kotorkan motor aku."

Pulak dah..

"Oh.. kau masih tak puas hati pasal tadi?" Barulah sel-sel otak Delilah mula berhubung.

"Kau tercegat ajelah kat sini sampai bila-bila." Tempelak Diaz lagi sebelum berura-ura mahu pergi. Namun, Delilah pantas menahan.

"Diaz! Diaz.. kau tak rasa kau kejam ke? Pasal motor kau tu belakang ceritalah. Sekarang ni aku nak masuk rumah, tukar seluar." Delilah cuba memujuk. Dan nyata pujukannya tak menjadi bila Diaz menepis tangannya.

"Blah.."

"Alaa.. Diaz! Kau tolonglah aku. Aku period ni!" Delilah berterus-terang. Rasa malu tolak tepi. Apa yang penting dia perlu masuk ke dalam rumah tanpa dilihat Jayden dan Eden.

"Dah tu? Kesah pula aku.."

Sampai hati Diaz!

"Kau ni memang tak berhati perut ke? Hati batu?"

"Ha'ah. Jadi tak payah nak merayu minta tolong kat aku." Selamba badak Diaz membalas. Langsung tak bagi muka pada insan yang dah mengotorkan motornya awal pagi tadi.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang