DDL~16

3.7K 203 6
                                    

Pukul 7 setengah pagi, Delilah sudah mandi dan bersiap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pukul 7 setengah pagi, Delilah sudah mandi dan bersiap. Knitwear dan jeans straight cut dikenakan pada tubuh. Rambut yang sederhana panjang dia sanggul tinggi. Puas hati dengan penampilannya, segera dia keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.

Seperti kebiasaannya, rumah itu senyap tanpa sebarang suara si penghuni. Sekilas dia mengerling kearah ruang dapur. Tahu yang Lea pasti berada disitu. Bersama keluhan kecil, langsung dia keluar dari rumah tanpa pamitan.
Tak bersedia lagi hendak menghadap mamanya.

'D keluar awal harini. Tak pasti pukul berapa balik.'

Pesanan dihantar. Hanya untuk tidak membuat mama risau dengan keberadaannya.

Pin!

Sedang dia berjalan, sebuah kereta yang tidak asing lagi baginya membunyikan hon dan berhenti.

"Selamat pagi, Delilah." Di balik tingkap, pakcik Razak yang segak berkemeja lengan pendek sudah tersenyum kearahnya.

Delilah ikut tersenyum. Memboloskan diri ke dalam kereta mewah itu.

"Selamat pagi, pakcik Razak. Maaf ganggu hari cuti pakcik.." Ucapnya rendah. Serba salah kerana sudah membuat lelaki itu menjemputnya awal-awal pagi begini.

"Mana ada mengganggu.. memang skop kerja pakcik begini. Tuan Am dah pesan awal-awal supaya hantarkan Delilah kemana aje yang Delilah nak." Pakcik Razak masih dengan senyumannya.

Sudah menjadi tugasnya sebagai seorang driver, hujung pun dia kena turun. Dulu sewaktu dia masih menjadi driver kepada Tuan Amza, dia memang tiada cuti. Hanya cuti bila Tuan Amza tidak memerlukan khidmatnya. Tapi gaji yang diberi lebih dari lumayan. Sekarang bila dengan Delilah, sepatutnya hujung minggu dia tidak bekerja memandangkan kolej tutup.

Pun begitu dia harus berwaspada kalau-kalau Delilah hendak keluar. Seperti sekarang.

"Delly nak kemana ni?"

"Err.. saja nak tengok bandar. Pakcik turunkan saya dekat Smart Town Cafe, boleh?"

"Ohh.. STC? Boleh.. Cafe tu memang jadi tumpuan anak-anak muda macam Delly."

Delilah angguk saja mendengar bicara lelaki itu. Subuh tadi dia sudah membuat research tentang benda-benda menarik yang ada disini. STC adalah salah satu daripadanya.

Selang beberapa minit, mereka sudah pun berada di tengah-tengah bandar kecil ini. Sesuai dengan permintaan Delilah, pakcik Razak menurunkannya di bangunan tempat STC bertapak.

Delilah pandang sekeliling. Jakun untuk beberapa saat. Ada beberapa buah meja untuk berdua dan berempat sudah tersedia di depan kafe tersebut. Dia perhati pula dalaman kafe melalui pintu kaca. Masih kosong. Tapi di depan kaunter kafe ada seorang pelanggan yang sedang berbual dengan seorang lelaki. Barangkali staf kafe tersebut.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now