DDL~27

4K 290 17
                                    

"Kau memang sengaja nak kenakan aku, kan?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau memang sengaja nak kenakan aku, kan?"

Diaz langsung menghambur kata sebaik sahaja masing-masing menapak masuk ke dalam rumah. Mencerlung matanya memandang Delilah di hadapan.

"Eh, manalah aku tahu! Kalau aku tahu, aku pun tak hingin nak bagi baju aku dekat kau." Delilah julingkan mata keatas.

Diaz masih tak puas hati pasal baju yang dia kasi tengah hari tadi. Baju yang sepatutnya milik Diaz, tetapi dia tersilap ambil bajunya sendiri.

"Kau pun satu! Kata dalam bilik, aku cari tak ada pun."

Dia tak salah. Yang salah sekarang adalah Diaz. Merata dia cari baju jejaka itu, tapi dia tetap tak jumpa. Sudahlah dia dah lambat!

"Ha, itulah.. orang kata cari barang guna mata bukan guna hidung." Diaz menempelak, membuatkan Delilah laju berpaling.

"Kau nak salahkan akulah ni?"

"Dah memang salah kau pun. Kau.. kalau aku jumpa baju tu dalam bilik aku, aku sekeh kepala kau." Sengaja Diaz jegilkan mata, tanda amaran. Tapi sikit pun Delilah tak gentar. Malah dia semakin lantang melawan.

"Apa hal pulak! Eh, Diaz.. kau patut berterima kasih sebab aku sudi bawakan baju untuk kau."

"Ha'ah, baju kau yang fit nak mampus ni." Diaz mendengus. Nasib baik juga baju Delilah ngam-ngam masuk ke tubuhnya. Tapi tak selesa!

"Fit pun kau pakai juga kan?"

"Terpaksa!"

Mencebir bibir Delilah. "Manusia tak sedar dek untung!"

Diaz mendengus. Atur langkah menuju ke tingkat atas, dua-dua saling menolak sambil mendaki tangga.

Lea yang baru sahaja keluar dari laundry room, langsung menggelengkan kepala melihat kedua-duanya. Patutlah bunyi kecoh.. rupanya budak dua ekor ni dah balik.

Melangkah masuk ke dalam bilik, Diaz terus campak beg keatas katil. Baju sukan dan seluar dilucutkan dari tubuh lalu dihumban masuk ke dalam raga pakaian kotor. Kini, dia hanya berseluar pendek paras lutut tanpa berbaju.

Agak lama juga dia terlentang di atas katil sambil membalas mesej-mesej dari rakan-rakannya di WhatsApp. Selain Jayden dan Eden yang merangkap teman sepermainannya itu, dia juga berteman dengan beberapa orang yang lebih dewasa daripadanya di pekan ini.

Biasalah, dia lelaki. Lelaki pada dasarnya memang senang untuk berkawan dengan sesiapapun.

Tak lama selepas itu, dia bangun dari perbaringannya. Telefon diletak diatas meja sebelum mencapai tuala. Dia turun menuju ke kolam renang dengan tuala yang disangkut pada leher.

Jejak saja kaki disitu, dia mendapati ada satu figura yang sedang bersila di depan kolam. Hampir-hampit dia nak terkejut. Spontan, dia mendengus.

Lama-lama dia semakin terbiasa dengan kehadiran penghuni lain di rumah ini selain babanya. Tapi itulah, tetap saja dia terperanjat jika individu tersebut muncul mengejut.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now