DDL~8

3.7K 208 3
                                    

Awal-awal pagi lagi kicauan burung sudah kedengaran. Langit juga sudah cerah. Namun tak secerah mood Delilah pagi itu. Celik saja mata, otaknya sudah terbeban dengan hari yang bakal dia lalui di kolej nanti. Dan yang paling utama..

Kewujudan Diaz Raiden, anak uncle Am!

Memikirkan jejaka itu saja sudah cukup untuk membuat semangatnya merudum hingga ke angka kosong. Pun begitu, dia tetap berharap ada sesuatu yang baik akan berlaku kepadanya nanti.

Untuk hari keduanya belajar di kolej Inca, dia hanya mengenakan cotton blouse rona biru muda dan dipadankan dengan jeans putih. Rambut pula diikat separuh. Wajah turut ditepek dengan mekap nipis untuk menyerlahkan kecantikkannya yang tak seberapa itu.

Usai bersiap, dia turun ke ruang makan untuk bersarapan. Dari jauh lagi kedengaran suara mama dan Tuan Amza berbual. Dan entah mengapa, niat hatinya ingin mengintip seketika sepasang suami isteri itu. Dia jengukkan sikit kepala dari balik dinding. Nampak mesra kedua-duanya.

Perasaan gembira dan sedih serentak mengetuk pintu hatinya. Dia gembira kerana mamanya bahagia dan pada waktu yang sama, dia sedih bila mengenangkan sumber kebahagiaan mamanya kini adalah lelaki lain.

Lelaki yang telah menggantikan tempat papanya.

"D.. kenapa tercegat kat situ?"

Tersentak Delilah tatkala Lea mula menyedari kehadirannya. Dia menapak semula kearah ruang makan itu.

"Good morning!"

Tuan Amza pula menyapanya dengan ceria. Sebuah senyuman turut terukir, menyerlahkan lagi kekacakan lelaki segak berpakaian pejabat itu.

Patutlah mama kahwin dengan uncle Am. Dengan dia-dia sekali terpesona. Ehh..

"Morning.."

Delilah membalas ringkas seraya melabuhkan duduk. Mata perhati satu persatu jenis makanan yang ada diatas meja. Ada mee goreng, pancakes dan french toast.

"D.. turun sorang aje? Mana Diaz?"

Baru nak seronok melihat makanan diatas meja itu, soalan Lea pula menjentik rasa sebalnya. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan riak kurang senangnya. Tak mahu Tuan Amza salah faham.

"Manalah D tau, ma.."

"Kenapa tak ketuk pintu bilik dia? Ajak dia sarapan sekali." Lea mula mengomel.

"Budak tu boleh turun sendiri.. bukan kecik lagi. Dah besar panjang dah pun." Celah Tuan Amza.

Dalam diam Delilah turut mengiyakan. Betullah tu. Si Diaz tu ada kaki, pandai-pandailah turun. Lainlah kalau terencat.

Aip.. jahat mulut!

"Takpa, I pergi panggil sekejap. You makanlah. D.. cepat makan, nanti driver tertunggu-tunggu pulak." Lea langsung bangun dari duduknya sebelum membuka langkah. Tinggallah Delilah dan Tuan Amza yang mula berasa kekok.

Delilah terutamanya.

Mata terarah pada french toast yang dekat dengan Tuan Amza. Nak mintak, tapi dia segan. Berat pula mulutnya nak bercakap dengan lelaki itu.

"D nak french toast?"

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Tuan Amza langsung menawarkan french toast itu kepadanya. Kepala laju mengangguk.

Tuan Amza ukir senyum segaris. French toast bertukar tangan.

"D suka french toast ya?"

Delilah angguk.

"Selera kita sama." Usul Tuan Amza lagi. Delilah hanya mampu tersengih. Tak tahu nak membalas bagaimana. Sudahnya, mereka diam menikmati sarapan masing-masing.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now