DDL~55

2.1K 212 12
                                    

Duduk memeluk lutut, sepasang mata menawannya khusyuk memerhati gelagat si gadis yang sedang mengusap anak kucing. Ulas bibirnya melorek senyum melihat anak kucing itu makan dengan penuh selera diatas lantai. Seolah-olah, kesedihan yang baru dia alami sebentar tadi terhapus begitu saja.

"Kau rasa dia jantan ke betina?"

Agak tersentak Diaz apabila Delilah tiba-tiba memanggung kepala kearahnya buat sesaat. Dia berdehem kecil sebelum berdecit.

"Manalah aku tahu, Delilah.. aku bukannya expert kalau pasal kucing." Jawapan paling jujur diberi.

Giliran Delilah pula berdecit. Tangan masih tak lepas mengusap tubuh anak kucing yang kurus keding itu. "Kalau nak check pun dia kecik lagi."

Diaz senyap beberapa saat sambil mengingat kembali apa yang berlaku sebelum mereka pulang ke rumah. Hampir dua puluh minit mereka berdua merayau di sekitar tempat parking mencari ibu kucing tersebut. Hendak dibiarkan, rasa kasihan pula. Sudahlah masih kecil. Kurus keding. Tambah lagi dengan bulunya yang comot. Entah macam mana, mereka berdua sepakat untuk membawanya pulang ke rumah. Sempat juga Diaz singgah membeli wet food untuk anak kucing berwarna oren itu.

"Kau nak letak nama apa?"

Delilah kerut dahi sejenak mendengar soalan Diaz. Cuba untuk memikirkan nama yang sesuai sebelum senyuman keterujaannya timbul lagi.

"Ginger!"

Buntang mata Diaz. "Ginger..?!"

"Maksud kau.. ha—" Rengusan kecil terzahir sebelum sempat dia menghabiskan bicara. Pejam mata sesaat, dia cuba tahan diri dari menempelak Delilah.

"Halia?" Usulnya lagi tidak percaya.

"Padanlah dengan bulu dia. Lagipun ginger cat memang wujud apa.." Hujah Delilah.

"Hodohlah nama tu!"

"Habis tu kau ada cadangan lain ke?"

"Panggillah nama yang normal sikit. Comot ke.. atau mungkin Oren ke?" Omel Diaz. Langsung tak berkenan dengan nama pilihan Delilah.

"Ginger tu nama uniklah!" Gigih Delilah mencantas.

"Ha, suka hati kaulah." Diaz mengalah. Malas dah nak berdebat dengan perempuan ni.

"Esok kita belikan awak sangkar tau, Ginger. Malam ni tidur kat stor dulu." Ucap Delilah, bercakap dengan Ginger yang masih melahap wet food sambil sesekali mengiau. Seakan tahu pula Delilah berbual dengannya.

"Kau pernah bela kucing sebelum ni?" Tanya Diaz lagi. Sekadar mengisi kesunyian di antara mereka.

Delilah pantas mengangguk. "Komeng."

"Komeng?" Sekerat gelak Diaz kedengaran. Agaknya memang sifat semula jadi Delilah kut bagi nama pelik-pelik dekat binatang peliharaan.

"Komeng pun kucing jalanan jugak. Tak sengaja jumpa, jadi aku dengan papa buat keputusan untuk rawat dia walaupun mama tak suka kucing. Tapi riwayat Komeng tak lama.. dia mati sakit."

"Oh.."

Dua-dua senyap selepas itu. Delilah ralit dengan si Ginger, Diaz pula masih tak betah menilik raut wajah Delilah yang sukar diramal.

"Bunyi macam kau rapat sungguh dengan papa kau." Saja dia memberi mukadimah. Rasa ingin tahu tentang papa Delilah yang ditahan sejak tadi semakin membuak-buak.

Sejenak, Delilah mengoyak senyum hambar. Dia sangka Diaz tak akan bahas pasal papa.

"Sangat.."

"Dia buang kau dari hidup dia gara-gara perempuan tu?" Teka Diaz, sedikit sinis.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now