DDL~28

3.3K 244 19
                                    

'Pernahkah mereka merasa sendirian dalam keramaian? Pernahkah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Pernahkah mereka merasa sendirian dalam keramaian? Pernahkah.. walau dalam keriuhan, mereka merasa kesepian yang mendalam?'

Setiap satu patah perkataan itu bergema di minda. Berputar seperti radio rosak. Berkali-kali ditanya, kerana dia-

Dia merasakan semuanya. Setiap detik, setiap minit.

"Delly? Delilah!"

Delilah tersentak. Lantas tersedar ke alam realiti saat Laith muncul di depannya, melambai-lambai tangan.

"Kau mengelamun apa?" Laith sengih. Dia mencapai botol air di kerusi bersebelahan Delilah lalu diteguk.

Hari ni mereka membantu set up dewan untuk program petang nanti.

Delilah senyum. Kalau dia cakap pun, Laith akan faham ke?

"Boleh tolong aku angkat meja tu?" Usul Laith. Lantas Delilah bangkit berdiri. Nasib baik Laith sudi mengajaknya kerana sejak dia datang tadi, dia hanya duduk memerhati para pelajar yang tampak tidak memerlukan bantuannya.

Hendak ditolong yang seorang, sudah ada pasangannya. Dia dekati pula yang lain, tapi dia seolah-olah tak wujud disitu.

Qash dan Myra pun, dua-dua nampak sibuk sangat. Khusyuk membincangkan sesuatu dengan rakan pelajar yang lain.

"Nampak macam pasangan kekasih, kan?" Soal Laith tidak semena-mena.

Delilah yang sememangnya sedang memandang kearah Qash dan Myra, terus mengalihkan pandangan apabila Laith berkata begitu.

Tapi, apa yang Laith katakan tu betul. Sekilas pandang, Qash dan Myra kelihatan benar-benar serasi. Tanpa sedar, Delilah mengiyakan bicara Laith. Satu rasa mengetuk pintu hati.

"Orang selalu anggap macam tu. Sedangkan aku ni, kononnya orang ketiga di antara Qash dan Myra."

Laith sengih. Dengan berhati-hati, dia dan Delilah mengangkat meja ke satu sudut.

"Tapi betul ke?" Tanya Delilah setelah beberapa minit.

"Apa yang betul?"

"Qash dengan Myra.." rendah saja nadanya. Tidak mahu kelihatan seperti orang yang suka masuk campur hal orang lain.

Refleks Laith menghambur gelak. "Kau gila ke? Mestilah tak!"

"Tapi dia orang rapat macam.. in relationship?" Duga Delilah lagi.

Entah kenapa dia jadi semakin berminat pula dengan hubungan antara Qash dan Myra.

"Rapat tak semestinya in relationship, Delly.. aku pun rapat jugak dengan Myra. Tapi aku fahamlah, Qash tu tak berkawan atau bercakap dengan perempuan lain selain Myra. Itu yang sampai orang sekeliling salah faham tu." Hujah Laith.

"Tapi selama aku kenal Qash tu, tak pernah pula aku dengar dia borak pasal hati dan perasaan."

Mendengarkan itu, senyum tipis muncul di bibir Delilah.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now