DDL~42

3.8K 286 22
                                    

Tenungannya masih tak berganjak dari insan itu sejak beberapa minit yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tenungannya masih tak berganjak dari insan itu sejak beberapa minit yang lalu. Kekal memerhati tanpa mahu mengalihkan pandangan.

"Kau dah kenapa tenung aku lama-lama? Mental?"

Dan akhirnya orang yang ditenung menjeling tajam. Side eyes! Barangkali rimas menjadi perhatian sepasang mata galaknya.

"Mana tangan kau yang terkena kopi panas malam tadi? Dah okey dah?" Diaz yang berdiri memeluk tubuh lantas menyoal.

Sedari tadi dia hanya senyap memerhati Delilah kerana ingin tahu tentang malam tadi. Nak kata bimbang, ada jugalah sedikit. Tapi sikit aje!

"Dah." Delilah jawab kasar sambil merengus. Malas nak membuka cerita yang buat dia termenung lama awal pagi tadi.

Bangun tidur, benda pertama yang muncul di kepala adalah detik dimana dia termenangis di depan Qash.

Aduh! Dia rasa nak sembam muka ke dalam sungai. Macam mana dia nak hadap Qash sebentar nanti..

Mujur juga rasa sakit di tangannya sudah berkurangan dan tak melecur.

"Budak ni orang tanya betul-betul dia pergi jeling pulak!" Diaz pula tak puas hati bila dia dijeling begitu.

"Nak buat macam mana, tengok muka kau aje boleh buat darah mendidih tau tak?" Jangankan nak minta maaf, Delilah langsung keluarkan ayat sinis kepada Diaz.

"Muka aku handsome sangat ke sampai kau tak tahan tengok?" Kening Diaz menari ronggeng. Hujung bibir menyungging sengih saat raut muka Delilah berubah menyampah.

"Puihh!"

Setepek Delilah buat gaya meludah. Meluat sungguh dengan sikap kerek Diaz yang entah sejak bila munculnya.

"Perasan lebih! Padahal, cicak man lagi handsome dari kau."

Mendengarkan itu, sengih Diaz mati. Cicak..

"Kau ni kalau tak perli aku memang tak sah, kan?"

Sekarang ni ego dia bukan setakat calar, tapi dah hilang sebab Delilah tak habis-habis membahan dia pasal cicak. Berdosa ke dia takut binatang bernama cicak tu?

"Ha'ah.. sebab kau aje orang yang aku kenal takut cicak." Balas Delilah selamba. Sekali pakej dengan jeliran lidah.

Tak terkata apa, Diaz tarik dan rosakkan rambut sanggul Delilah untuk melepaskan geram. Delilah ternganga.

"Diaz!!" Dia menjerit seraya menghentak kaki kuat. Tak terfikir dek akal Diaz akan rosakkan sanggul rambut yang hampir sepuluh minit dia buat tadi.

Ahli kumpulan yang lain dah menoleh. Berperang lagi dua orang manusia ni..

"Kau tahu tak betapa susahnya aku nak sanggul rambut aku ni!" Amuk Delilah. Mood yang sedia hancur semakin berkecai dek perbuatan Diaz.

"Sebab tu tak payah simpan rambut panjang. Cuba buat macam rambut aku ni.. senang nak jaga." Jejaka itu masih lagi mahu bergurau. Tak sedar ada bahaya yang sedang menantinya.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now