DDL~11

3.2K 187 4
                                    

Dum!

Bunyi pintu yang dihempas kuat mengejutkan Delilah yang sedang meneguk air di depan peti ais.

Pantas kakinya melangkah untuk melihat apa yang berlaku. Jengukkan kepala sedikit, kemudian riak wajahnya berubah saat melihat figura yang baru sahaja menapak ke ruang tamu.

"Kau!"

Tak ada ribu tak ada angin, tiba-tiba dia ditunjuk lurus oleh Diaz. Namun Delilah lebih daripada tahu, lelaki itu pasti hendak membahas apa yang terjadi awal pagi tadi.

"Dekat kolej hadap muka kau, dekat rumah pun tengok muka kau lagi. Kau ni memang tak serik-serik lagi ke nak cari pasal dengan aku?"

Tak tunggu lama, Diaz langsung menghambur rasa geram yang ditahan sejak tadi. Beg sandang yang terletak pada bahu kiri dicampak ke sofa. Dia bercekak pinggang menghadap Delilah yang dah buat muka.

"Kau ke aku yang cari pasal sebenarnya? Eh, aku pun tak hinginlah tengok muka tar kau ni."

"Amboi, amboi! Hei, perempuan.. kau hormat sikit dengan aku ni. Yang kau duduk ni rumah aku tau! Kolej tempat belajar kau tu, kolej Baba aku. Bila-bila masa aje aku boleh keluarkan kau."

"Hormat? Orang macam kau ni tak layak untuk dihormati. Peduli apa aku kalau ini rumah kau pun. Pembetulan, rumah uncle Am! Kolej tu pun, kau ingat kau ada kuasa ke nak keluarkan aku?"

Panjang berjela Delilah membidas. Nak berkecil hati, dia seakan lupa apabila perasaan geram terhadap Diaz melebihi segalanya. Orang macam Diaz ni tak boleh nak diberi muka sangat.

"Engkau ni kan.." sambil jari telunjuk masih terarah pada Delilah, Diaz mara mendekatinya.

Kecik besar kecik besar saja dia tengok budak ni sekarang.

"Kau menumpang dekat sini, buat cara menumpang."

Delilah mencebik. Raut wajah Diaz dipandang jelek. "Apalah nasib uncle Am dapat anak tak semenggah macam kau ni. Perangai macam setan."

"Setan? Kau belum tengok lagi perangai setan aku macam mana." Diaz menolak sikit bahu Delilah dengan hujung jari. "Hei, kalau kau nak hidup lama dekat sini, kau jauhkan diri kau dari aku."

Intonasinya berupa amaran. Matanya mencerlung sebelum dia berkira-kira mahu pergi dari situ.

Namun apa yang terjadi seterusnya langsung tidak dia jangka.

Pap!

Baru beberapa tapak dia melangkah menuju ke tangga, tiba-tiba belakang tubuhnya terkena satu objek keras.

Dia berpaling, ternyata Delilah membaling botol mineral kepadanya.

"Aku dah jumpa ramai manusia berperangai macam kau ni. Kau expect aku kena buat apa? Tunduk pada kau? Biasanya manusia yang suka rendah-rendahkan orang ni tak dapat perhatian secukupnya. Itu yang jadi macam ni, macam kau!"

"Delilah!!"

Pap..

Tanpa sedar, Diaz membaling bantal kecil diatas sofa. Terkena tepat ke muka Delilah. Puas hati Diaz melihat wajah berangnya.

Tidak mengalah, Delilah pula yang mengambil sebiji bantal lalu dibaling kuat kepada Diaz. Jejaka itu melongo.

"Kau nak mampus ke?!!" Jeritan lantang memenuhi ruangan tersebut. Benar-benar habis sabar dengan perempuan itu.

"Kau tak payah nak tinggikan suara dengan aku!"

"Kau..-"

"Apa, hah?!"

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum