DDL~54

2.8K 266 20
                                    


"Senyum sikit tak boleh ke? Janganlah tunjuk sangat muka terpaksa kau tu. Dah macam orang tak berak seminggu pun ada."

Dalam beberapa minit duduk memerhati tingkah si jejaka di hadapannya, akhirnya Delilah membuka mulut. Geram pula rasanya melihat jejaka itu walaupun dia tidak berbuat apa.

Menongkat dagu, sedikit pun Diaz tidak berganjak dari posisi duduknya. Hanya bebola matanya saja yang bergerak menjeling Delilah dengan wajah perengus.

"Apa kejadahnya aku jadi bodyguard kau ni kalau buah hati sendiri ada? Nak aku jadi orang ketiga pulak ke?" Tangan disilangkan ke dada. Bosan!

"Lah.. dah kau yang nak ikut jugak! Aku suruh balik, kau tak nak.. sekarang memekak pulak." Delilah mula memerli.

"Aku tak percaya dia!" Selar Diaz tidak berpuas hati. Pandangan ditebarkan kearah seorang jejaka tinggi yang berdiri tidak jauh dari situ, menanti pesanan.

Alkisahnya, perempuan yang duduk depan dia sekarang ni teringin hendak memakan sizzling seafood. Terpaksa Diaz turutkan memandangkan Delilah mengancam mahu mengadu pada baba. Entah macam mana, Qash pula datang menyusul usai bercakap dengan Delilah melalui telefon.

"Masalah aku ke?" Delilah mencebik. Bukan salah dia kalau Diaz masih berkeras mahu menemani mereka walaupun awal-awal tadi Delilah sudah pun menyuruh jejaka itu pulang.

"Kau patut bersyukur aku teman kau tau tak? Sukalah kalau dapat keluar berdua dengan si stone tu?" Cemuh Diaz lagi.

"Eh kau ni!"

"Aku bagitau aunty Lea kau dating dengan Qash."

"Dating apanya bongok! Dah dia yang nak datang, takkan aku nak halang."

Tanpa mempedulikan orang ramai di pusat membeli-belah itu, Delilah dan Diaz mula bertekak sesama sendiri.

"Eleh, cakap ajelah kau suka bila dia datang. Menyampah aku!" Diaz menjeling lagi.

"Kau ni sebenarnya jealous kan, sebab kau tak ada pasangan?" Delilah pula tarik sengih sinis.

"Tak kuasa aku nak jealous!"

"Hai.."

Pertengkaran mereka tiba-tiba dihentikan oleh dua orang gadis yang datang terkedek-kedek menyapa. Tersentak sekejap Diaz dan Delilah. Dua orang gadis itu tersenyum-senyum malu bila bertentang mata dengan Diaz.

"Kawan saya dekat sana nak kenal dengan awak. Mind to give your phone number?" Ujar salah seorangnya sambil menunjuk seorang lagi gadis yang tercongok tidak jauh dari situ.

Serentak Diaz dan Delilah memalingkan wajah. Gadis manis itu tampak termalu sendiri. Mendadak Delilah mengerling Diaz. Mahu melihat reaksi jejaka itu. Di dalam hati pula dirinya sudah tergelak.

Diaz terpempan sebaik gadis-gadis tadi menghulur telefon. Lama Diaz berdiam diri seakan mencari jawapan yang paling sesuai.

"She won't be happy if I did that."

Giliran Delilah pula yang terpana apabila Diaz bersahaja menunjuknya. Hampir terbeliak kerana dia mengerti maksud jejaka itu.

Para gadis itu spontan memandang Delilah.

"Err.."

"Tunggu apa lagi? Blah!"

"Sorry.. kita orang ingatkan you guys adik-beradik. Minta maaf banyak-banyak." Dua gadis itu cepat-cepat berundur ketika Diaz menghalau mereka dengan muka serius.

"Kau dah hilang akal ke Diaz Raiden! Kau ni memang sengaja nak bagi orang benci kat aku tak tentu pasal." Delilah tak tunggu lama untuk memanjangkan tangan menampar lengan jejaka itu.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now