DDL~43

3.6K 302 18
                                    

Mereka berlima berdiri sebaris menghadap Sir Hanil dengan hati yang berdebar-debar. Di satu sudut pondok terbuka itu, Tuan Amza duduk menyilang kaki ditemani seorang pengajar yang sedang membualkan sesuatu. Sambil-sambil itu mata turut mengerling kepada mereka berlima.

"Kamu berlima, nanti tak perlu susah payah kemas barang untuk balik esok." Sir Hanil memberi mukadimah, membuatkan pelajar-pelajar di hadapannya saling berpandangan.

"Maksud sir?" Laith menjadi wakil untuk menyoal dengan kerutan di dahi.

"Awak nampak apa yang awak buat tadi?"

Semua mata tertumpu pada arah yang ditunjukkan oleh sir Hanil. Berubah riak wajah Diaz dan Laith melihat kawasan yang mereka hanguskan awal pagi tadi.

Alah.. benda kecik pun nak kecoh!

"Awak dah buat kesalahan. Dah buat salah, kenalah bertanggungjawab. Kami dah bincang dengan staf kem sekejap tadi. Sebagai hukuman, esok.. awak berlima akan buat kerja sukarelawan membantu dorang membersihkan kawasan kem." Usul Sir Hanil lagi. Jelas mengundang ketidakpuasan hati Diaz.

"Apa ni, sir.. kita orang bukan budak sekolah menengah sampai nak kena hukum bagai." Rungutnya. Turut terzahir satu dengusan di bibir.

Dia tak rasa apa yang berlaku tadi wajar diambil serius. Yang hangus cuma dedaun kering sawit, bukan satu kebun.

"Ha.. itulah. Sir pun nak cakap benda yang sama. Kau orang ni bukannya budak sekolah menengah sampai tak boleh fikir kalau api korang yang marak tu boleh menyebabkan kebakaran."

Erk.. setepek sir Hanil bagi ayat pedas sambil bercekak pinggang. Terdiam Diaz dibuatnya dengan wajah yang masam mengalahkan segala asid.

Qash, Myra dan Intan langsung tak berkutik. Tak tahu nak bereaksi macam mana sedangkan yang salah hanya Diaz dan Laith.

Delilah yang berwajah blur, perlahan mengangkat tangan mahu bertanya.

"Tapi apa kena-mengenanya dengan kemas barang?"

Sir Hanil sepi buat sesaat sebelum menghela nafas kasar.

"Sebab awak takkan balik esok. Tapi lusa."

"Hah?!" Terbelalak mata masing-masing.

"Sir.." Diaz, Laith dan Intan tak tunggu lama untuk mengeluh.

"Sir.. Isnin dah start kelas." Ujar Myra pula. Memberi alasan yang paling munasabah.

"You choose. Balik lusa, atau dikenakan tindakan disiplin?"

"Tapi kenapa berlima? Sir, yang salah sekarang ni saya dengan Diaz. Tak ada kena-mengena dengan dorang berempat." Bidas Laith lagi setelah menyedari lelaki itu bukan saja mahu menghukum dia dan Diaz.

Delilah, Myra dan Intan mengangguk setuju.

"Ohoo.. sejuk hati sir dengar. Terima kasihlah sebab prihatin dengan kawan-kawan awak. Tapi cuba awak lakonkan semula situasi terakhir selepas api tadi menjalar? Siapa yang bersama awak?" Nada sir Hanil yang mulanya tenang bertukar menjadi garang dan tegas.

Terdiam lagi mereka berlima.

"Ha? Qash? Awak sebagai ketua kumpulan pun tak dapat pantau dua orang ahli awak?"

"Sorry, sir.." rendah suara Qash menjawab. Terima apa sahaja keputusan sir Hanil dengan hati terbuka.

"Esok pagi, selepas semua pelajar dah beredar awak pindah masuk satu khemah untuk lelaki. Satu khemah untuk perempuan. Faham tak?"

"Faham.." langsung tak bermaya mereka menyahut. Akur dengan hukuman yang diberi walaupun di dalam hati sudah mengeluh berkali-kali.

Siapa saja yang suka duduk di dalam hutan ini? Dengan rasa penat sebab aktiviti lagi.. niat nak pulang berehat terkubur begitu saja.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now