DDL~23

3.5K 276 23
                                    

Suasana di bilik rawatan itu kelam dan sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Suasana di bilik rawatan itu kelam dan sepi. Hanya terdengar beberapa butir perbualan antara seorang nurse dan seorang doktor yang sedang sibuk melakukan kerja.

Delilah hanya terkebil-kebil sambil berbaring di atas katil, menanti nurse tersebut membalut kaki kirinya yang dikatakan terseliuh.

Kononnya terseliuh, tapi sakitnya serupa patah!

Diam-diam dia kerling figura yang sejak tadi tercegat di satu sudut, yang sedang memerhatinya tanpa sebarang bunyi.

Mendung wajah jejaka itu. Tatapan matanya seolah-olah kosong. Namun riak mukanya pula keruh. Seperti sarat dengan rasa bersalah, yang mana membuatkan Delilah hairan sendiri.

Saat ini, Diaz seakan bukan dirinya. Yang selalu tayang muka perengus. Yang kadang kelihatan angkuh. Tapi Diaz yang sekarang, adalah jejaka yang kelihatan takut dan bimbang. Ralit merenung kaki Delilah yang dibalut oleh nurse, tidak semena-mena setitis cecair hangat menodai pipinya.

Delilah hendak menegur, barangkali Diaz masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Namun belum sempat dia membuka mulut, bilik rawatan itu diterjah oleh dua individu.

"D!"

Tuan Amza muncul bersama Lea dengan cemas. Masing-masing menerpa kearah Diaz dan Delilah.

"Baba.."

Diaz seperti tidak mampu untuk menatap wajah babanya kala itu. Dibiarkan Tuan Amza yang sedang membelek tubuhnya.

"Are you okay? Ada luka mana-mana? Huh? Macam mana semua ni boleh jadi?" Ekspresi Tuan Amza benar-benar kalut. Cuba dicari luka yang mungkin ada pada tubuh Diaz.

"Delilah.. what happened to her?" Soalnya lagi seraya menoleh kearah Delilah yang sedang dipeluk Lea. Melihat kakinya yang berbalut, dia tenung wajah Diaz dengan rasa tak percaya.

Apatah lagi melihat reaksi Diaz saat ini, menambah gusar di hati yang sememangnya sudah gundah gelana sejak dia mendapat panggilan dari anaknya itu tadi.

"Did you do that to her?" Suara hampir tak terkeluar.

Diaz tertunduk kesal.

"Mana budak kurang ajar tu? Mana?! Kali ni memang aku pastikan dia masuk penjara. Samseng sangat, hah?!"

Dari dalam bilik rawatan itu, suara seorang wanita kedengaran nyaring dan bingit di luar sana mengejutkan mereka.

Tuan Amza bergegas keluar. Diikuti dengan Diaz serta Lea. Terdapat seorang wanita dan dua orang polis yang baru sahaja sampai ketika itu.

"Puan, bawa bersabar puan.." salah seorang polis sedang cuba memujuk. Tetapi seolah-olah tidak peduli, wanita itu mara sambil menunjuk Diaz.

"Kau! Kau buat apa dekat anak aku, hah?! Anak aku patah kaki sebab kau tau tak!"

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now