DDL~34

2.9K 214 7
                                    

Tuala yang membungkus rambut basahnya tidak menghentikan dia dari menggerakkan tubuh mengikut rentak lagu Sepanyol yang berkumandang dari mini speaker. Tangan pula lincah meletakkan topping pizza yang akan dibakar sebentar nanti. Teringin nak buat pizza sendiri. Dengan bantuan frozen doh kerjanya jadi mudah.

Tersenyum lebar, kini pizza itu penuh dengan topping sesuai mengikut citarasanya. Segera dia mencapai loyang untuk membakar. Kaki dijengket, tangan dipanjangkan seboleh mungkin untuk mendapatkan loyang yang tersusun elok di kabinet atas.

Tapi tak sampai juga!

"D..!"

Tanpa sedar, refleks mulutnya melaung memanggil Diaz. Kerana sebentar tadi jejaka itu ada datang menjenguk sekejap ke ceruk dapur.

"Diaz!" Jeritnya lagi apabila Diaz langsung tak menyahut. Kali ini sedikit nyaring. Tak sampai sesaat, Diaz muncul bersama dahi yang berkerut.

"Apa lagi kau ni asyik memekak aje?" Jejaka itu masih mengelap rambutnya dengan tuala kecil.

"Tolonglah ambilkan loyang tu!"

"Haih, kau ni! Itulah.. kecik-kecik dulu tak nak minum susu. Sekarang, dah terbantut."

Sambil membebel, Diaz menarik keluar loyang yang dimaksudkan dan diserahkan kepada Delilah. Kemudian, dia bercekak pinggang memerhati apa yang dilakukan gadis itu. Pizza yang sudah diletakkan diatas loyang ditenung dengan kening yang hampir bertaut. Wajah Delilah dipandang lagi.

"Kau buat apa?"

"Pizza."

"Pizza?" Diaz pandang Delilah dan pizza yang dimaksudkan silih berganti.

"Eh, budak! Kali terakhir aku nampak pizza.. pizza tu bulat. Bukan segi empat macam ni!"

"Diam boleh tak Diaz?" Delilah hanya menjeling. Pizza terus dimasukkan ke dalam oven.

"Agar-agar jagung aku mana?" Diaz bersuara lagi.

"Masih atas api."

"Delilah, sejak dari aku naik mandi tadi agar-agar tu masih atas api. Bilanya aku nak makan agar-agar tu?"

"Itu yang aku pelik tu, Diaz.." Mata Delilah terarah pada Diaz semula.

"Kau beli mana agar-agar tali tu?"

"Kenapa? Apa masalahnya?"

Pantas Delilah menggamit Diaz. Kedua-duanya berdiri tepat di hadapan periuk yang mereneh agar-agar.

Delilah cedok ke dalam menggunakan senduk sup. Memperlihatkan agar-agar tali yang masih tak mencair. Tak berkelip mata kedua-duanya.

"Kau rasa benda ni expired ke?" Delilah pandang muka Diaz sekilas.

"Tak mungkin.. baru tadi aku nampak pekerja tu bawa naik benda alah ni atas rak."

Diaz hairan. Jelas di matanya kini agar-agar tali yang dibeli tadi masih panjang dan tidak mencair.

"Dah tu, kenapa tak cair-cair?"

"Kau tanya aku, manalah aku tahu." Diaz jawab dengan rasa sakit hati.

Berdecit geram Delilah di sebelahnya. "Kau ni memang tak membantu tau tak? Menyemak aje ada lah.."

"Hei, lupa dah ini task terakhir kau?" Sengaja Diaz mengingatkan. Delilah patut berterima kasih pada dia sebab bagi arahan yang paling senang iaitu buatkan agar-agar jagung untuk dia.

Macam yang Lea buat tempoh hari. Namun dia tahu, rasanya tak akan sama.

"Masalahnya benda ni tak nak cair. Kau nak aku buat apa?"

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now