DDL~56

1.2K 149 6
                                    

Riak wajah bosan tak berperasaan ditayang. Langsung tiada senyuman yang terukir di bibir sejak beberapa waktu. Pembetulan, sejak dia berada disini. Di dalam hati, sudah berbakul-bakul rungutannya terhadap mama. Salah mama kerana memaksa dia datang kesini semata untuk memeriahkan majlis annual dinner anjuran furniture store yang diusahakan oleh Tuan Amza.

Di tempat yang riuh dan penuh dengan manusia ini. Oh.. dia rasa nak balik sekarang juga!

Ralit memerhati para staf Tuan Amza yang bersukan di tepi pantai, Delilah langsung tidak menyedari sosok seorang jejaka berbaju-T dan seluar serba hitam, berkasut converse dengan rambut yang bergaya. Terasa hammock yang didudukinya semacam bergerak, Delilah menoleh. Mendadak dia mengangkat kening sambil memandang jejaka itu atas bawah.

Pandangan yang bermaksud..

What the hell are you doing here?!

"Muka hodoh kau tu tak boleh sorok lagi ke?" Diaz main kasar. Sengaja menolak bahu Delilah.

"Tadi bukan main beralasan. Ni kenapa boleh timbul kat sini?" Cemuh Delilah sambil menjuihkan bibir.

Pagi-pagi lagi Diaz sudah mengelat bila Tuan Amza mengajaknya datang ke resort ini. Eh.. tiba-tiba sebelah petang muncul pula dia!

"Kau sepatutnya berterima kasih dekat aku, tau tak? Aku tahu dah kau ni selamanya lone ranger. Bersyukur sikit aku datang teman." Omel Diaz. Nadanya ketika itu langsung tak mesra alam. Bunyi macam terpaksa, tapi sebenarnya selepas melepak dengan member sebentar tadi, entah macam mana dia boleh memandu kesini pula.

"Menyampah aku!"

Kesudahannya, dua-dua pasang muka perengus. Kaki bersilang dan berpeluk tubuh. Mata memerhati setiap gerak geri para staf yang bersuka-ria. Gaya mereka berdua kelihatan benar-benar tidak betah berada disitu. Atau yang paling tepat, masing-masing merasa jengkel. Dengan cuaca petang yang panas, kebosanan yang melanda..

"Kenapa orang asyik pandang kita?"

Dalam pada itu, sukar untuk Delilah menidakkan lirikan beberapa orang yang melintasi mereka. Dari kejauhan pun, ada yang sedang bercakap-cakap sambil menunjuk-nunjuk kearah mereka berdua.

Ah, Delilah lupa yang dia tengah duduk dengan anak bujang Tuan Amza Khaizan sekarang ni..

"Sebab kau hodoh?" Diaz masih kekalkan riak mukanya yang mungkin akan membuatkan orang lain salah faham.

"Hodoh macam muka kau, contohnya?"

"Tak ada yang lebih hodoh dari muka rbf kau."

Kedua-duanya terus berbalas kata.

"Kau nampak pondok tu, Diaz? Tadi aku ada jumpa cicak dekat situ. Sebesar tiga jari!" Bersahaja Delilah tunjuk tiga jari, menandakan saiz cicak yang konon dilihatnya tadi.

Manakala Diaz, dengar saja perkataan cicak, bulu romanya terus merinding kegelian. Itu sajalah modal Delilah untuk mengenakannya. Cicak.. cicak..

"Hesy!" Sesaat selepas itu, Diaz sudah pun memaut tengkuk Delilah lalu melilitkan lengannya di leher gadis itu.

Tidak semena-mena Delilah menggigit lengan Diaz membuatkan jejaka itu spontan terjerit sehingga menarik perhatian beberapa pasang mata.

"Adoii!!!" Terkial-kial Diaz mahu melepaskan diri dari gigitan Delilah. Sebelah tangannya menepuk-nepuk kepala gadis itu. "Woi Delilah! Delilah.. sakit.. sakitlah bodoh!!"

Delilah senyum menyeringai setelah bentuk gigitan jelas terbentuk di tangan Diaz.

"Berbekas kau buat tangan aku!" Diaz menjerkah geram. Sakit hati dengan perbuatan si adik tiri.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now