DDL~25

4.2K 258 13
                                    

Delilah tongkat dagu dengan tangan

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Delilah tongkat dagu dengan tangan. Sambil-sambil itu, dia goyang-goyang kaki kanan. Haih! Tak sabarnya..

Dengan aroma tumisan yang berlumba-lumba menusuk ke rongga hidung, buat dia rasa semakin lapar. Hash browns di atas meja dia tak pandang dah. Yang buat dia tertunggu-tunggu sekarang..

"Nah, maggie bodo special."

Semangkuk maggie Diaz sodorkan kearah Delilah. Ceria wajah gadis itu. Tak tunggu lama, sudu dan garpu yang turut Diaz hulur disambut.

Pertama sekali, kuahnya dihirup. Cukup rencah. Cukup perasa. Aroma dari bawang putih yang digoreng tadi benar-benar memberi rasa yang berbeza. Setelah itu, satu suapan mee masuk ke dalam mulut. Tak kenyal. Tak juga terlalu masak.

Satu yang dia kagum dengan Diaz, jejaka itu pro masak maggie! Dia nampak sendiri bagaimana telitinya Diaz menyediakan semangkuk maggie bodo special ini.

Usai Diaz menggoreng hirisan bawang putih tadi, dia tumis pula perencah maggie tersebut sebelum memasukkan air secukupnya. Mendidih air, barulah dia meletakkan mee dan sebiji telur. Turut dia masukkan sayur pucuk manis.

Sungguhlah, Delilah sendiri tak pernah tahu maggie boleh sesedap ini!

"Sedap.. mana kau belajar masak?" Soalan cepumas dilontar. Yalah, nak tahu juga macam mana lelaki seperti Diaz ni pandai masak. Biasanya, anak orang kaya ni kebanyakkannya tahu makan saja.

"Baba." Diaz jawab sambil tuang air sejuk ke dalam dua gelas. Segelas untuk dia. Segelas pula untuk Delilah.

"Kau tak makan pedas, macam mana kau boleh masak maggie pula?"

Terus dia angkat muka, tenung Delilah yang juga sedang memandangnya.

"Kau dengar perbualan kita orang?"

"Sikit." Jujur Delilah membalas. Saat Diaz beriak jengkel, dia mendesis. Faham akan maksud reaksi itu.

"Diaz, suara kawan kau tu rumah hujung sana pun boleh dengar. Entah-entah dia tertelan mic tak masa kecik-kecik dulu?" Omelnya selamba.

Hampir terhambur ketawa dia saat mendengar Eden awal tadi. Lepas tu, sakit hati sorang-sorang sebab maggie dia kena kebas. Setakat itu sajalah yang dia dengar sebelum menyambung menonton drama. Nak pujuk hati punya pasal..

Nasib baik, Diaz sudi memasakkan untuk dia setelah jejaka itu pulang beberapa minit yang lalu.

"Sekurang-kurangnya, kawan aku tak busybody macam kawan kau." Diaz mencemuh. Duduk dilabuhkan berhadapan gadis itu.

"Siapa kawan aku?" Delilah terkebil-kebil.

"Qash Hayyan. Tadi aku terserempak dengan dia. Gaya macam nak makan aku hidup-hidup. Macam mana kau boleh berkawan dengan mamat stone tu hah?" Masih tak berpuas hati tentang Qash, Diaz membebel pula kepada Delilah yang jelas terkejut dan hairan mendengar berita itu.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum