DDL~45

3.7K 257 25
                                    

Perut kenyang, hati juga senang. Delilah mendekati fire pit sementara yang lainnya masih berada di pondok BBQ. Sekejapan dia perasan akan Qash yang berdiri tidak jauh dari khemah sedang mengangkat panggilan telefon. Khusyuk benar rupanya dia berbual.

Duduk di salah satu kerusi yang mengelilingi fire pit itu, Delilah terpandangkan gitar milik Laith yang diletakkan di kerusi sebelah. Hatinya tergerak mahu mencapainya sebelum tiba-tiba dia didatangi Myra yang membawa dua botol mineral.

"Delly.." Myra serahkan sebotol kepada Delilah.

"Thank you.."

Delilah senyum sekerat. Lantas menerima botol mineral itu. Sekali lagi dia pandang gitar Laith. Gatal pula tangannya hendak mencapainya. Lalu, gitar itu dibawa ke pangkuan.

"Awak pandai main?"

Myra yang memerhati bertanya hairan.

"Tak pasti. Dah lama sangat tak pegang gitar." Jujur Delilah menjawab. Rasa kekok menular kerana kali terakhir dia memegang gitar mungkin empat ke lima tahun lepas.

Seketika, Qash yang telah selesai dengan panggilan telefon menyertai dua orang gadis itu dan duduk senyap di salah satu kerusi kosong.

Delilah atur posisi duduk. Jari-jemari mula memetik perlahan tali gitar untuk mencari rentak. Di kala itu, tanpa sedar bibirnya sudah mengoyak senyum hambar. Ada rasa hiba yang bertamu di hati. Dia tak pasti dengan kebolehannya yang telah lama tidak diasah tapi untuk detik ini, dia benar-benar teringin hendak memetik gitar itu.

Tangannya mula bergendang di permukaan gitar itu. Memainkan intro lagu berjudul Separuh Nafasku dari kumpulan Dewa 19 sebelum dilanjutkan dengan petikan gitar yang kedengaran begitu dramatik dan kacak. Jari-jemarinya lincah memetik tali gitar mengikut kod intro lagu yang dimainkan. Kaki turut bergerak seiring irama yang mengisi suasana.

"What the heck! Kau pandai main gitar?"

Para jejaka yang masih berada di pondok BBQ pantas datang mendekat dengan muka melongo. Intan sudah berdiri di sebelah Myra. Turut menyaksikan Delilah bermain gitar. 

"Sikit.." balas Delilah pendek.

"Cool gila!" Jayden memuji. Masing-masing memandang Delilah dengan kagum.

"Belajar dari mana?" Soal Diaz.

Mendengarkan itu, Delilah tersentak sedikit. Berat mulutnya hendak memberi jawapan.

"Papa. Papa aku ajar.." bibirnya menguntum senyum yang tiada siapa lihat.

"Perghh! Mesti papa kau gentleman kan?" Getus Eden. Teruja! Sebuah kerusi ditarik dan dia duduk dekat dengan Delilah.

"Apa kaitan pulak gentleman dengan main gitar?" Jayden membidas.

"Orang yang pandai main gitar ni kebanyakkannya gentleman.."

Berkerut dahi Jayden dan Diaz.

"Teori mana kau pakai ni bahalul?"

Ternganga Eden apabila mereka menggelarnya begitu. Jari telunjuk lurus menunjuk Diaz sambil mengadu pada Delilah dan Laith. "Dia kata aku bahalul.."

"Eh, sudah.. sudah! Aku nak dengar Delly main gitar, bukan nak dengar korang bertekak." Tempelak Laith. Disambut dengan anggukkan Eden. Jarak antara dia dan Delilah semakin rapat.

"Mainlah lagi.. aku nak nyanyi ni.." katanya sambil tersenyum penuh keterujaan.

"Puihh! Mentang-mentang suara sedap.." Jayden mencebik.

Dia dan Diaz tayang muka menyampah sambil mengambil tempat duduk. Memang tidak dinafikan, antara mereka bertiga, suara Eden yang paling merdu padahalnya.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now