DDL~17

3.1K 188 6
                                    

Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tok! Tok!

Pintu diketuk perlahan sambil menanti penghuni bilik itu untuk membukanya. Lea menanti untuk beberapa saat.

"D.. boleh mama masuk?" Diketuk lagi untuk kali kedua bila sang anak tidak menyahut. Tiada sebarang bunyi, perlahan dia memulas tombol pintu dan menjenguk ke dalam.

Ternyata Delilah tiada disitu. Barangkali sedang mandi, memandangkan tadi dia sendiri yang menyaksikan anak gadisnya terus naik keatas.

Meja belajar anaknya menjadi sasaran. Rapi setiap susunan barang yang terletak disitu, membuat dia tersenyum tipis. Kalau dulu penat jugalah dia mengomeli anaknya kerana bilik bersepah. Sekarang, Delilah semakin menginjak dewasa. Sudah semakin teratur.

Tanpa sengaja, pandangan terarah pula pada bingkai gambar yang turut Delilah letakkan disitu. Senyuman perlahan pudar. Lea usap sikit potret dirinya bersama Delilah. Juga papa gadis itu.

Hati mula menjadi sayu mengenangkan Delilah yang masih menyimpan gambar tersebut. Lelaki itu tidak pernah pudar dari ingatan Delilah.

"Ma.."

Delilah yang baru selesai mandi terkejut melihat sosok mamanya disitu. Sedar dengan apa yang menjadi perhatian Lea, dia jadi serba salah. Ada rasa sebak yang bertandang.

"D pergi dekat mana tadi?"

Lantas Lea datang mendekat. Melabuh duduk di birai katil sambil memerhati Delilah yang masih mengelap rambut menggunakan tuala.

"Kafe.."

"Sorang?"

Delilah geleng kecil. Turut duduk di sebelah Lea. "Tadi terjumpa kawan dekat sana."

Pertemuan yang langsung tak dijangka, yang masih buat dia terngiang-ngiang. Balik tadi, Qash sekali lagi menawar diri untuk menghantarnya pulang. Dia apa lagi.. membantah sekeras-kerasnya. Mujurlah pakcik Razak cepat sampai.

"D marah mama ya?" Soal Lea tak bertangguh. Wajah Delilah yang sedang tunduk itu dia renung sayang.

"Nak marah mama kenapa?"

"Tak tahu.. tapi mama rasa D marahkan mama."

Delilah ketap bibir. "Bukan tempat D untuk marahkan mama."

"Pasal semalam.." Rendah nada Lea, seakan teragak-agak mahu membuka cerita tentang semalam.

"Mama tahu D akan rasa tak adil kalau mama cakap yang D sebenarnya agak keterlaluan."

"D tahu.." sahut Delilah, kekal tunduk bermain dengan jari-jemarinya. Bercakap tentang semalam, rasa bersalahnya semakin menggunung.

"D kecil hati dengan mama ya?" Tebak Lea lagi.

"Tak.." Jeda. Delilah akhirnya mengangkat wajah. "D tak berniat nak kurang ajar. Tapi D tak suka orang lain tinggikan suara dengan mama."

"Mama faham." Lea bawa tangan Delilah dalam genggaman. Segaris senyuman digarit. "Terima kasih.. sebab D sentiasa pertahankan mama. Tapi D.."

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now