DDL~40

3.7K 282 40
                                    

Tepat pukul tujuh pagi, tiga buah bas yang akan membawa mereka ke tapak perkhemahan hari itu tiba di perkarangan kolej. Usai meletakkan bagasi di tempat meletak beg, Delilah segera naik ke dalam bas yang ketika itu sudah dihuni oleh beberapa orang pelajar.

Delilah memilih tempat duduk di baris kanan dan bersebelahan dengan tingkap. Posisi yang sangat sesuai untuk dia yang suka termenung. Beg sandang pula dia letakkan di kerusi kosong. Berharap sangat tiada orang yang akan duduk bersamanya.  Tak lama selepas itu, beberapa pelajar lain turut masuk dan Myra salah seorangnya diikuti dengan Intan serta rakan mereka yang lain.

Sempat Myra melambai kepada Delilah bersama satu senyuman manis. Tanda menyapa. Delilah sekadar mengukir senyum nipis. Tadi dia tak sempat nak bercakap dengan Myra sebab gadis itu membantu pengajar yang mengiringi mereka. 

Baru sahaja tangannya mencapai airpods dari dalam beg, sekali lagi perhatiannya terganggu bila Jayden dan Eden melintasinya dengan gelak yang riuh. Delilah menggeleng. Kalau dah muncul dua malaun tu, sekejap lagi timbullah ketuanya. Dan sangkaannya meleset..

Insan yang naik selepas itu bukan Diaz melainkan Qash Hayyan. Delilah termangu di tempatnya saat mata mereka bersabung. Langkah Qash juga terhenti. Jauh di sudut hati, Delilah mengharapkan jejaka itu datang mendekatinya. Namun hendak bercakap pun dia berasa kekok sejak tempoh hari.

"Qash.."

Dari belakang, terdengar suara lembut Myra memanggil Qash. Delilah pasti gadis itu menggamit Qash untuk duduk bersamanya.

Pada waktu yang sama, Diaz naik dengan muka perengus.

"Tch! Oii.. tepilah. Dia buat roadblock pulak kat sini." Selarnya kuat sebelum menyelit di sisi Qash. Bahu kedua-duanya berempuh.

Diaz menjeling, Qash pula menghantar renungan tajam sebelum berlalu. Manakala Diaz langsung mencapai beg Delilah lalu melabuhkan duduk di kerusi itu.

Mata Delilah tak berkelip tenung muka Diaz.

"Apa? Aku terlebih handsome ke hari ni?" Diaz yang menyedari tenungan itu menyoal. Jari ibu dan jari telunjuk digayakan di bawah dagu.

"Kau buang tebiat apa duduk sebelah aku ni?" Delilah tayang muka menyampah.

"Jayden dengan Eden dah duduk berdua."

"Jadi?"

Masalah dia ke kalau memang Jayden dan Eden duduk bersama?

Diaz berdecit kecil. "Aku kesianlah.. kau ni ada aura-aura lonely.. I am so lonely.. I have nobody—"

Sempat dia bernyanyi sebelum Delilah bertindak meluku kepalanya.

Pek!

"Arghh!!!" Jerit Diaz keras. Spontan Delilah menekup mulutnya. Dalam sekelip mata saja semua tumpuan pelajar disitu sudah terarah pada mereka. 

"Aku tua dari kau tau!" Tempelak Diaz geram. Suka hati Delilah aje nak memukul kepalanya.

"Otak kau ni perlu dibetulkan supaya tak senget!"

"Kau.. kalau aku ada gegaran otak, aku saman kau!" Diaz menggerutu sambil mengusap kepalanya.

"Kau ada duit ke nak saman aku? Kalau setakat nak guna duit baba kau, baik tak payah." Selamba badak Delilah membidas tanpa mempedulikan para pelajar yang mendengar.

"Kau nak rasa hilang kepala ke Delilah, ha?"

"Sinilah kalau berani. Sini.. sini!"

Dan sekali lagi, mereka berdua bergelut untuk menyekeh kepala antara satu sama lain. Para pelajar yang menjadi pemerhati dah menggelengkan kepala. Tak kurang juga ada yang berbisik tidak senang dengan keakraban dua individu itu.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now