DDL~48

3.5K 286 18
                                    

"Awak selfish, Illa. Awak cuma pentingkan diri sendiri. Hanya fikir pasal perasaan awak, tapi derita orang lain?"

"She's pure evil! Sanggup aniaya kawan sendiri semata sebab cemburu dan benci."

"This is all your fault, Delilah! How could you? How could you hurting your own best friend?"

BAM!

Delilah tersedar dari lenanya saat bunyi dentuman guruh kedengaran. Gelap suasana di dalam biliknya kerana langit di luar sana mendung. Hela nafas panjang, dadanya sedikit sesak mengenangkan mimpi buruk yang dialaminya sebentar tadi. Tak hairan kenapa ianya muncul. Kejadian di kolej tadi pun masih segar di ingatan.

Otaknya masih teringat-ingat akan setiap kata cacian Ailinisha serta rakan-rakannya. Bagaimana seseorang yang tidak mengenalinya bahkan tidak rapat dengannya malah bercakap yang bukan-bukan seolah mereka sudah kenal lama?

Delilah mengeluh sekali lagi. Dahi yang terasa sedikit berdenyut dipicit perlahan.

Dia benci perasaan ini. Dia cukup benci bila dirinya jatuh ke dalam lembah masa silam.

Lama dia duduk berdiam diri di atas katil sebelum hatinya tergerak mahu ke dapur. Jam baru sahaja menunjukkan pukul lima petang, tapi gelapnya seperti sudah pukul enam. Sepulangnya dia dari kolej tadi, dia terus berkurung di dalam bilik mandi. Duduk memencilkan diri sambil memikirkan nasib sebelum mengambil keputusan untuk tidur.

Sudah menjadi kebiasaannya begitu. Tidur untuk melupakan masalah yang membelengu. Namun tak sangka masalah itu sampai buat dia bermimpi buruk!

Dengan tubuh yang kurang bertenaga, dia atur langkah longlai keluar dari bilik. Baru beberapa tapak, tidak semena-mena dia bertembung dengan seseorang yang membuat dia terkejut beruk.

Diaz baru sahaja naik ke tingkat atas sambil menjunjung dulang. Wajahnya tersentak sedikit tatkala menyedari Delilah yang tercegat disitu.

"Hah! Timbul pun.. aku ingatkan kau masih buat kilang tahi mata petang-petang macam ni." Tukasnya sinis. Langkah kakinya melencong ke ruang tamu kecil.

"Duduk sini. Aku ada masak mi." Dia mengucap kata lagi seraya meletakkan dulang makanan di atas meja.

Terkulat-kulat Delilah di tempatnya. Melihat wajah selamba Diaz, dia jadi teringat tentang dirinya yang hilang kawalan beberapa jam yang lalu. Rasa tak percaya bila dia membiarkan Diaz melihat keadaan dirinya yang memalukan.

Ah! Mesti Diaz akan gelakkan dia lepas ni..

"Kau tak payah nak buat muka basi depan aku. Sini!" Jerkah Diaz. Hilang sabar.

Nak tak nak, terpaksa Delilah tebalkan muka untuk duduk menghadap jejaka itu. Takkanlah dia nak lari masuk ke dalam bilik pula. Tak ke lebih memalukan tu?

"Kau tak latihan ke? Tiber balik awal." Dalam rasa canggung, dia menyoal pelik sedangkan tengah hari tadi dia dengar latihan mereka berlangsung sehingga pukul lima.

"Malas." Diaz menyahut mudah. Mangkuk berisi mi tomyam disodorkan kepada Delilah. Potato leek soup serta sepiring garlic bread diletakkan di tengah-tengah meja.

Sekilas mata Delilah naik merenung muka si abang tiri. Bodohlah kalau dia cakap dia tak terharu. Diaz ni ada split personality ke? Kejap baik. Kejap jadi setan balik. Tapi baik-baik Diaz pun, kesinisan dan perliannya tak pernah hilang.

Dalam diam, Delilah sembunyi senyum. Dengan senang hati dia mula menikmati mi tomyam yang disediakan oleh Diaz. Perut dia memang tengah lapar sekarang. Nak-nak lagi hari mendung.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now