DDL~22

3.3K 245 20
                                    

"Nak balik?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak balik?"

Jayden kehairanan melihat Diaz yang sedang memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg. Yang utamanya adalah boxer sebab biasanya jika Diaz menginap kesini, baju dan seluar Jayden jadi hak milik Diaz juga.

"Aku ada buat kau terasa ke?" Teka Jayden. Masih hairan. Tiba-tiba saja usai balik dari kolej, Diaz kata dia nak pulang ke rumah babanya.

"Apa kau ni?"

"Mustahillah kan? Kau ni bukan jenis yang cepat terasa lagi."

Cemuh Jayden. Sudah kenal benar dengan perangai jejaka itu.

Diaz ni nak terasa jauh sekali, malah dia bangga diri bila ibu bapa Jayden menyambutnya dengan mesra ke rumah ini. Barangkali kerana mereka sudah berteman sejak kecil, jadi Diaz sudah dianggap seperti anak kedua oleh ibu bapanya.

"Esok lusa kalau aku bosan tidur kat rumah tu, aku datanglah sini lagi." Tukas Diaz berbaur gurauan.

"Dah, cau!"

Buru-buru dia keluar dari bilik Jayden. Tak sabar sungguh nak balik ke rumah babanya. Ini semua salah Delilah. Seminit dia terlambat, entah-entah semua baju yang ada di almarinya sudah diangkut habis oleh gadis itu. Boleh bayang tak betapa sakitnya hati dia?

Tanpa membuang masa, motor dipecut laju menuju ke rumah. Tak sampai setengah jam, dia sudah sampai di depan muka pintu. Serupa tak cukup tanah saja gaya langkahnya mencari kelibat insan yang menjadi penghuni disitu.

"Delilah!" Serunya kuat.

Naik ke tingkat atas, dituju bilik gadis yang membuat onar tengah hari tadi. Beg yang terletak di bahu dia campak ke sofa.

Dum! Dum! Dum!

Pintu diketuk kuat seolah tak peduli kalau ianya pecah.

"Delilah, keluar! Aku tahu kau dah balik. Keluar! Aku nak buat perhitungan dengan kau."

Geram sungguhlah! Delilah ni memang sengaja buat dia baran.

"Delilah!"

Senyap. Seolah-olah bilik itu tidak berpenghuni. Diaz mengeluh keras. Riak wajah juga terpamer bengang.

Tidur mati ke budak ni?

"Delilah, kau jangan cabar kesabaran aku. Kau nak keluar sendiri atau nak aku heret?"

Masih tiada sahutan. Beberapa saat dia menanti dengan nafas yang memberat. Tetap juga pintu bilik itu bertutup rapat.

"Nanti kau, Delilah.. aku tak akan lepaskan kau macam tu aje." Bebelnya geram.

Mengalah, dia buka langkah mahu menuju ke biliknya yang berada di sebelah. Namun tak sempat berbuat begitu, tidak semena-mena pintu bilik yang bagai nak roboh dia ketuk tadi terbuka.

Terjengul muka seorang gadis yang memakai beauty mask berwarna putih dengan rambut mengurai basah.

"Arghhh!!!"

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now