DDL~49

3.9K 307 63
                                    

Lea baru sahaja turun dari tingkat atas membawa bakul yang berisi pakaian kotor ketika dia menyedari Delilah sedang termenung di laman rumah. Letak bakul di laundry room, dia segera mendekati anak gadisnya yang terlihat masih ralit dengan dunianya sendiri.

Dek kerana Delilah tidak turun ke kolej kerana gadis itu tak enak badan, Lea sendiri juga tidak bekerja. Bimbang dengan keadaan Delilah kerana dia merasakan seolah ada sesuatu yang terjadi.

Sakit Delilah itu.. seolah dia tahu maknanya.

"D okey?" Tegur Lea.

Tersentak Delilah yang duduk mencangkung di hadapan kolam ikan itu.

"Mama.."

"D masih rasa tak sihat badan lagi ke?" Soal Lea lagi. Tangannya mendemah dahi si gadis sebelum bahunya diusap.

Delilah menggeleng dengan riak bersahaja. Beberapa saat dia diam menanti bicara mama, namun wanita itu seakan mencurigainya.

"Ada apa-apa yang perlu mama tahu ke? Pasal kolej?"

"Tak ada." Tanpa teragak-agak Delilah memberi balasan.

Lea mengeluh dalam diam. Dia tahu Delilah sedang berbohong dan hakikat itu membuatkan hatinya sedikit tercuit.

"D naik bilik dulu, ma."

"D.."

Langkah Delilah terbantut.

"Duduk dengan mama sekejap." Ucap Lea.

Delilah sempat mengeluh kecil namun tetap jua menurut. Mereka sama-sama melabuh duduk di meja kopi.

"D kalau ada apa-apa masalah, D cakap dengan mama."

"Kalau tak cakap tu maknanya tak ada masalah."

"Yang balik awal sampai skip kelas tu, bukan masalah?"

Tersentak Delilah mendengarnya. Mama.. tahu?

"D tahu sir Hanil tu kawan uncle Am. Apa-apa yang berlaku dekat kolej, sir Hanil akan refer pada dia. Especially kalau pasal D dengan Diaz." Terselit sedikit ketegasan pada nada Lea. Secara tidak langsung menyuarakan rasa sebal yang bertandang di hati.

Malam tadi, sengaja dia tidak mahu bertanya apa-apa. Berharap Delilah akan terbuka hati untuk berkongsi cerita dengan dia. Dia ingin Delilah meluah kepadanya. Tentang kenapa gadis itu pulang lebih awal dari jam yang sepatutnya. Tentang bagaimana Diaz boleh terlibat dalam pergaduhan kerana mendengar Delilah digosipkan.

Akan tetapi, tipikal seorang Delilah, gadis itu sangat jarang bercerita kepadanya.

"Dalam erti kata lain, he's like a walking CCTV?" Semudah itu Delilah mengucap kata. Kurang senang dengan kenyataan bahawa Lea tahu tentang apa yang berlaku di kolej baru-baru ini.

Jujur, dia tidak mahu Lea tahu. Bukan hendak merahsiakan, namun dia lebih selesa jika wanita itu cukup sekadar tahu kalau dia baik-baik saja walaupun situasi adalah sebaliknya.

Dia tumbuh dengan cara begitu.

"D.." Jeda. Lea menghela nafas panjang sebelum bersuara lagi. "Situasi mungkin akan berbeza andai yang duduk depan D sekarang ni adalah papa."

Berubah riak wajah Delilah. Dia tersentak hebat. Papa.. jiwanya seolah direntap keluar ketika Lea menyebut tentang insan itu. Perlahan-lahan, kepalanya tertunduk.

Bicara mama mungkin ada benarnya. Mungkin.. mungkin jika ada papa, dia tidak akan teragak-agak mahu meluah rasa. Kerana antara papa dan mama, dia lebih senang bercerita dengan papa. Dia lebih rapat dengan papa berbanding mama.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now