DDL~10

3.7K 183 2
                                    

"Kau buang tebiat ke Qash Hayyan?!"

Mulut becok Laith tak tunggu lama untuk berbunyi walaupun baru beberapa tapak mereka melangkah pergi dari kafe.

"Yang kau lawan tadi tu Diaz tau! Diaz Raiden! Kenapa kau nak berjawab dengan orang macam dia tu? Tak ada faedah. Lagi satu, sejak bila kau jadi banyak cakap ni?"

Geram betul. Kenapa Qash yang tak banyak bunyi ni perlu melibatkan diri dengan Diaz Raiden, jejaka yang terkenal dengan kesamsengannya itu?

"Habis tu kau nak aku buat apa? Tengok aje?" Qash menjeling Laith di sebelah.

"Memang itulah yang kau buat selama ni, kan? Kau mana pernah peduli hal-hal yang berkaitan dengan Diaz Raiden."

"Betullah apa yang Qash buat. Takkan nak biar saja Diaz bergaduh dengan Delly?"

Myra yang berjalan di sisi kanan Qash turut menyahut. Delilah pula yang tidak senang mendengar mereka bertiga. Semua ni berlaku gara-gara dia.

"Sorry.. sebab dah menyusahkan." Perlahan dia mengucap kata. Ketiga-tiganya memandang dia.

"No worries.. aku tak salahkan kau, Delly. Cuma si Qash ni.. nanti kalau si Diaz tu kenakan kau balik macam mana?" Bebel Laith lagi.

"Kau tengah pandang rendah kat aku ke sekarang ni?" Balas Qash dingin.

"Ha, tengok! Ini bukan pasal pandang rendah, Qash. Aku taknak kau dengan si Diaz tu bergaduh lagi. Kali terakhir kau dengan dia bergaduh, kau sampai-"

"Laith.." serentak Laith bersuara, Qash menyeru namanya bersama pandangan tajam, membuatkan jejaka itu senyap terus.

"Tak perlu nak ungkit hal yang dah lepas."

Diam. Laith tak bersuara. Myra juga seolah-olah memahami apa yang Qash bicarakan saat itu.

Hanya Delilah seorang yang terpinga-pinga. Dapat dia rasakan kekoknya suasana di antara mereka. Hal lepas apa yang Qash maksudkan?

"Sorry.." Ucap Laith kemudiannya.

Sudahnya keempat-empat mereka bagai disampuk bisu. Tiada lagi bibit-bibit perbualan yang kedengaran sehingga mereka memasuki kelas. Masing-masing melabuhkan duduk dengan senyap.

Delilah menggigit bibir lama. Niatnya nak ucap terima kasih kepada Qash. Tapi dia takut nak bersuara sebab aura Qash sekarang ni menyeramkan!

Delilah cuba untuk berpaling ke belakang diam-diam, ingin menilik wajah Qash ketika itu. Melihat Myra yang sedang cuba berbual dengannya, dia menjadi lega. Refleks bibir mengukir senyuman yang hampir tidak kelihatan.

Mujur.. kejadian tadi tak bagi kesan pada mood seorang Qash Hayyan.

Sejenak, tiba-tiba mata jejaka itu terarah pula kepadanya. Cepat-cepat Delilah melarikan pandangan. Tak tahu kenapa dia rasa berdebar setiap kali mata mereka bertemu.

Masuk waktu rehat, sehingga tengah hari dan sampai ke waktu kelas habis, Delilah masih tak berpeluang untuk bercakap dengan Qash. Balik rumah mungkin dia mesej saja lelaki itu untuk mengucapkan terima kasih.

Sambil melangkah seorang diri, dia menghembus nafas berat. Hari keduanya menjadi pelajar kolej Inca sudah berakhir. Tak sabar dia nak balik, terperap dalam bilik.

"Hei, kau!"

Sedang elok dia berjalan pulang selepas singgah ke pejabat pentadbiran tadi, tiba-tiba sekumpulan pelajar mengepungnya di tengah jalan.

Wajah mereka ditilik satu persatu dengan hairan.

"Ini?"

Seorang gadis berambut pendek paras bahu menyoal rakannya sambil merenung Delilah angkuh.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now