DDL~29

3.5K 265 31
                                    

Diaz memarkir motor dengan cermat sebelum membuka helmet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Diaz memarkir motor dengan cermat sebelum membuka helmet. Sempat dia memerhati garaj sejenak sebelum turun dari motor. Kereta babanya dan Lea tiada disitu. Agaknya betullah mereka akan balik lewat hari ni. Kata baba, ada urusan yang harus diselesaikan memandangkan baba bakal membuka cawangan baru untuk kedai perabotnya.

Diaz tak kisah pun sebenarnya. Sebelum ini pun baba sentiasa sibuk dengan kerja sehingga tiada masa terluang buat dia.

Masuk ke dalam rumah, benda pertama yang Diaz cari adalah dapur. Pagi tadi Lea membuat pau daging kukus yang hanya dia jamah seketul sebab terlewat nak keluar. Dari perjalanan balik tadi dia sudah terbayang-bayang. Air tangan Lea memang tak pernah mengecewakan. Setakat ni semuanya dia bedal.

Buka tudung saji, ada lagi lima ketul pau daging yang diletakkan di dalam container hijau bertutup. Diaz tak menunggu lama untuk mencapai kuali. Petik dapur gas, dia letak container diatas kuali yang baru nak panas.

"Duk sini diam-diam." Gumamnya sendirian. Kemudian dia bergegas hendak naik mandi. Ketika dia melintasi laundry room, sekilas pandang dia melihat makhluk berwajah hitam keluar dari situ. Membuatkan dia langsung terloncat.

"Arghh!!" Terlepas satu jeritan tanpa dapat dikawal. Mujurlah akal mindanya masih berfungsi. Dapat mengecam wajah hitam itu adalah Delilah.

"Hoi! Kau ni pun. Tahulah setan.. kenapa muka gitu?"

Delilah yang baru sahaja mengambil pakaian kering terkebil-kebil melihat wajah terkejut Diaz.

"Badan besar gini pun takut ke Diaz?" Perlinya.

"Eh siapa aje yang tak takut tengok muka hitam kau tu. Dah serupa orang minyak aku tengok! Ni kau tepek apa ni, hah?"

Diaz cuit sikit benda yang melekat di muka Delilah.

"No touching! Mahal aku beli mask ni tau." Gadis itu menjeling sebelum meninggalkan Diaz disitu.

"Dah penakut tu mengaku ajelah penakut. Nak salahkan mask aku pulak!" Sempat dia mengomel sambil mendaki anak tangga.

"Eei—aku debik jugak kau karang." Diaz mendengus seraya membuntuti langkah Delilah.

Usai mandi, dia turun lagi ke bawah sambil bersiul kecil. Tangan lincah mengelap rambut menggunakan tuala kecil yang tersangkut di leher. Sampai sahaja di muka pintu dapur, Diaz tercengang.

Membulat matanya melihat kuali yang berasap. Angkat tutup container, mulutnya ternganga luas. Hilang semua rasa excited tadi. Digantikan dengan rasa terkejut dan cemas.

"Alamak.. mati aku!"

Di depannya kini bukan sekadar pau yang telah panas. Melainkan container hijau yang sudah mencair.

"Delilah!" Buru-buru dia menutup api gas lalu berlari ke tingkat atas.

Pintu bilik Delilah diketuk berkali-kali.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now