DDL~57

1.5K 200 6
                                    


Delilah menggosok lengan apabila angin petang menyentuh tubuhnya yang hanya berbaju T-shirt putih. Disangka panas hingga ke petang, rupanya cuaca mulai mendung dan langit kelihatan gelap walaupun saat ini jam masih pukul lima. Entah buat keberapa kali, dia mengeluh panjang melihat jalan yang dilalui tak berpenghujung dan langsung tidak dia kenali. Masih tiada tanda-tanda dia di jalan yang betul.

Delilah berhenti untuk seketika. Meliarkan pandangan ke sekeliling dengan harapan dia dapat mengingati kawasan yang mungkin dia kenal. Tapi, otaknya kala ini benar-benar tidak berfungsi. Tak pasti sama ada dia tersesat atau sebaliknya.

Langkah diteruskan sambil mengutuk Diaz di dalam hati. Sangat tak wajar apa yang mamat tu buat pada dia. Tinggalkan dia di tepi jalan tanpa belas kasihan dan tambah teruk lagi, telefonnya tercicir di kereta jejaka itu. Maka, tinggallah dia terkontang-kanting disini. Cuba mencari jalan pulang. Atau sekurang-kurangnya kawasan yang ramai orang.

"Nak marah sangat kenapa.. bukan salah aku pun. Aku cuma bagitau, itu pun salah?" Bebelnya seorang diri. Terasa panas kelopak matanya. Mungkin kerana terlalu sebal dengan sikap Diaz, atau dia benar-benar tersinggung akan tengkingannya.

Leka melayan perasaan yang bercampur-baur, Delilah tidak menyedari sebuah kereta Toyota Camry sedang melintas lalu tiba-tiba berhenti beberapa meter di hadapannya. Apabila kereta itu mengundur, barulah Delilah menyedarinya dan cepat-cepat mematikan langkah.

Sudah! Bala apa lagi yang akan menimpanya kali ini?

Delilah bersedia dengan segala kemungkinan. Mula menapak ke belakang dan berura-ura mahu melarikan diri ketika dua orang lelaki keluar dari kereta tersebut. Belum sempat retina mata mengenal pasti gerangannya, suara garau yang memanggil terlebih dahulu menerpa masuk ke corong telinga.

"Delilah?"

Delilah terpaku. Bukaan mata menjadi besar. Melihat figura yang semakin datang mendekat, secara tidak langsung hati merasa lega.

"Yan!"

Jejaka itu tetap melangkah walaupun wajahnya penuh kekeliruan.

"Kau buat rentas desa ke petang-petang macam ni, Delilah?" Pertanyaan sarkastik si lelaki yang beriringan dengan Qash itu membuatkan Delilah mengalih pandangan.

Oh, rupanya Laith ada juga disitu. Turut terpinga-pinga melihat dia.

"Kau nak kemana berjalan sorang-sorang macam ni?" Getus Qash gusar. Intai kiri kanan, dia tak nampak sesiapa selain Delilah. Benarlah gadis itu hanya berkeseorangan.

"Diaz tinggal aku." Muka Delilah muram.

Qash dan Laith bertambah hairan.

"Diaz? Apa kena-mengena dengan Diaz? Eh, kenapa Diaz tinggalkan kau?" Bertubi-tubi persoalan yang bermain di minda Laith kini. Rasa terkejut sebab terserempak dengan Delilah di tepi jalan masih tak hilang lagi. Ini tambah pula dengan kenyataan yang keluar dari mulut gadis itu.

Berbeza dengan Qash, jejaka itu menghela nafas pendek. Seperti dapat meneka bahawa kedua beradik ini baru sahaja bergaduh. Pelbagai emosi yang menyerangnya kala ini, namun dia lebih memilih untuk memikirkan keadaan Delilah. Lantas, dia menanggalkan sweater di tubuh dan membiarkan Delilah yang kelihatan sedikit menggigil memakainya.

"Aku hantar kau balik."

*****

"Umm.. kau sure ke kita ada kat alamat yang betul?"

Turun saja dari kereta, Laith kembali dengan sesi penuaannya. Berlapis hebat dahinya memerhati kawasan rumah banglo itu. Hati mula tak senang kerana setahu dia, rumah keluarga Diaz turut berada di kawasan mewah ini. Entah-entah, yang depan dia ni memang rumah Tuan Amza. Tapi.. apa kaitannya dengan Delilah? 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now