DDL~14

3.5K 197 8
                                    

Kononnya, dia harus meminta maaf kepada Diaz tidak kira apa yang akan berlaku, walau ego sekali pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kononnya, dia harus meminta maaf kepada Diaz tidak kira apa yang akan berlaku, walau ego sekali pun. Kononnya, dia perlu berdamai dengan Diaz demi si ratu hati. Tapi sudah beberapa hari berlalu, niatnya langsung dilupakan. Dan seperti sangkaannya..

"Ah, mamat ni lagi!"

Tengok saja muka Diaz, automatik rasa meluatnya muncul. Sepanjang hari ini, sudah beberapa kali mereka berdua berpampasan. Sejak di kolej, sekarang di luar pun bertemu juga. Namun hanya jelingan dan carutan sahaja yang dihadiahkan. Hendak meminta maaf jauh sekali. Lupa terus dengan niatnya itu.

Pendek kata, ego melebihi segalanya.

Bupp!

"Kau buta ke setan!"

Delilah langsung menyinga tatkala Diaz yang melintas ketika itu sengaja melanggar bahunya sehingga dia terundur ke belakang.

"Kau yang berjalan macam jalan ni bapak kau punya, nak salahkan aku pulak?" Diaz membidas. Sengaja sebenarnya mahu memancing amarah gadis itu.

Lagi pula, Delilah yang tidak mengelak!

Jayden dan Eden yang berdiri sebelah-menyebelah dah berpandangan. Gusar.

"Kau ni memang lahir sebagai manusia tak ada adab ya?"

Diaz menyungging senyum sinis. "Bercakap macam dialah terpaling beradab. Eh, perempuan.. kau tu perempuan. So act like one. Mulut tu sopan sikit bila bercakap."

"Kalau lelaki kurang ajar macam kau ni, rasanya tak layak kut untuk aku bercakap sopan."

"Kau ni memang sengaja nak cari nahaslah, perempuan!"

Bengis riak Diaz saat berdiri tepat di hadapan Delilah. Hampir-hampir kasutnya bertemu dengan hujung sandal yang dipakai gadis itu.

"Wei, Diaz.."

Takut akan peperangan yang bakal meletus, Jayden tarik Diaz menjauhi Delilah.

Laith dan Maira yang turut berada disebelah Delilah juga melakukan hal yang sama.

"Jom.. jomlah!" Jayden memaksa Diaz untuk pergi dari situ. Kalau terjadi apa-apa, rasanya dia takkan mampu nak menghalang sebab dia sendiri pun tak yakin nak bertarik rambut dengan Delilah, si budak baru itu!

Sambil berjalan, Diaz dan Delilah saling merenung tajam. Muncul pula Qash di kaki lima itu, Diaz berganti pandang. Wajah Qash seperti biasa, beku tanpa sebarang ekspresi.

"Macam mana kau orang ni bila berjumpa aje mesti nak bergaduh?" Bebel Laith. Hairan.

"Kau tengok sendiri macam mana dia cari pasal dengan aku." Sahut Delilah pula. Renungan mata masih kepada Diaz yang mula jauh bersama dua orang rakannya.

Laith garu tepi telinga. Nak salahkan Delilah, tapi Delilah ada betulnya juga. Nak salahkan Diaz pula, ya memang dia salah pun. Haih!

"Aku rasa mungkin Delilah dengan Diaz ni dulu musuh dari dua buah negara yang berbeza." Usulnya setelah Delilah dan Myra memasuki retoran KFC, meninggalkan dia dan Qash di luar.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now