DDL~24

3.7K 267 31
                                    

"Good morning

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Good morning."

Hampir terlepas pinggan yang dicuci Lea tatkala sapaan itu menerpa halwa telinga. Deras dia menoleh ke belakang. Disitu, Diaz yang berbaju T kelabu dan seluar panjang sedang berdiri ragu-ragu, membuat Lea terpinga-pinga.

Ini kali pertama Diaz menyapa dia.

"Ada yang nak saya tolong?" Tanya Diaz, masih kelihatan teragak-agak dan kekok.

"Eh, tak.. sekejap lagi sarapan siap. Diaz duduklah dulu." Balas Lea pantas sambil ukir senyum.

"Oh."

Diaz angguk. Kemudian menuju ke peti sejuk. Sebotol air mineral diteguk hingga separuh.

"Awal Diaz bangun hari ni?" Lea cuba untuk berbual. Sambil itu tangannya sibuk menggoreng nasi untuk sarapan pagi itu.

"Mata tak nak lelap." Pendek jawapan Diaz. Botol mineral tadi diletakkan di atas kitchen island seraya memerhati Lea yang sedang memasak.

Baru dia sedar, sejak wanita itu 'wujud' di rumah babanya ini, ruang dapur mereka sentiasa sibuk. Kalau dulu dia dan baba jarang memasak. Hingga kadang-kadang bahan masakan yang ada di peti ais terbiar begitu saja sehingga expired.

Sekarang, masuk saja dapur mesti ada aroma-aroma masakan yang buat perut automatik menjadi lapar. Tak pun, atas meja memang sentiasa ada makanan.

"Pasal Delilah.." perlahan nada Diaz menutur kata.

Lea menoleh sekilas. "Kenapa dengan Delilah?"

"Saya minta maaf."

Ucapan Diaz buat Lea tersentak. Pandang muka Diaz, nampak sangat anak muda itu kelihatan serba salah.

"Bukan salah Diaz.. kenapa Diaz nak minta maaf pula?" Lembut dia membalas, seakan memujuk.

"Entah." Diaz sendiri pelik.

Ikut logik, memang bukan salah dia. Hanya kebetulan, dia berkait rapat dengan apa yang menimpa Delilah. Tapi kenapa dia rasa benar-benar terbeban dan serabut dengan kejadian semalam? Atau sebenarnya dia ambil berat pasal Delilah?

Aik, tak mungkin!

"Tapi saya rasa saya kena minta maaf pada aunty."

Apa pun alasannya, dia rasa dia perlu meminta maaf pada Lea. Bukan setakat hal semalam, tapi untuk sikapnya terhadap Delilah selama ini. Sebagai seorang ibu, Lea pastinya tidak suka anaknya diperlakukan kasar.

"Aunty tak salahkan Diaz. Memang bukan salah Diaz pun. Tak perlu salahkan diri sendiri." Usul Lea lagi.

Diaz tak membalas. Sekadar menghadam ayat yang jarang sekali dia dengar. Ayat yang buat dia rasa tenang. Pelik, tapi benar.

Selama dia membuat kekacauan sehingga melibatkan ibu bapa orang lain, tak pernah sekali pun mereka tidak menyalahkannya.

Caci makian. Sumpah seranah. Apa saja yang dia tidak dapat? Semuanya pernah dilontarkan pada dia waima penyebab sesuatu yang berlaku itu bukan sepenuhnya salah dia.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now