DDL~53

2.8K 235 13
                                    

Diaz memarkir motor megahnya tepat di hadapan bangunan furniture store milik babanya. Usai meletak helmet, dengan gayanya dia menapak masuk ke bangunan itu sambil menjinjit sebuah buku planner.

"Excuse me.." Meja kaunter diketuk. Menyapa seorang gadis yang berdiri disitu.

"Ya, encik? Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Saya nak jumpa puan Lea."

"Siapa?"

"Puan Lea, PA tuan Amza." Ulang Diaz. Beberapa saat gadis itu kelihatan terpinga-pinga. Berkerut-kerut seolah sedang cuba mengingat sesuatu.

Diaz di depannya, sudah mulai pelik. Rasanya setakat ini dia tidak pernah pula melihat gadis itu. Pekerja baru ke?

"Oh.. puan Zal-"

"D?" Tidak semena-mena, Tuan Amza pula muncul entah dari mana. Riaknya jelas terkejut melihat anak terunanya berada disitu.

"Baba!" Sapa Diaz.

Si gadis yang menjaga kaunter kalut menunduk kepada Tuan Amza.

"Saya minta maaf, tuan.. saya tak tahu dia anak tuan."

Tuan Amza beri isyarat tangan, tanda menyuruh pekerjanya menyambung tugas. Diaz dibawa ke set sofa tempat pelanggan menanti.

"Kenapa D datang?"

Terus Diaz hulurkan buku planner yang dibawanya.

"Planner aunty Lea tertinggal. D dengar ada meeting penting hari ni." Ucapnya. Pagi tadi dia sempat terdengar perbualan baba dan Lea yang mengatakan jadual mereka akan sangat sibuk hari ini.

Jadi disebabkan itu, dia dapat mengagak bahawa Lea sangat memerlukan buku tersebut. Alang-alang hendak ke kolej, maka dia singgah kesini sebentar.

Tuan Amza tersenyum nipis. Hati tercuit dengan tingkah spontan si anak teruna.

"Tengah hari nanti baba dengan aunty Lea nak kena gerak ke cawangan baru. I'm sorry.. baba terpaksa tinggalkan D dengan Delilah lagi." Topik awal pagi tadi diutarakan semula. Kesal bila dia harus berjauhan sebentar dengan anak-anak.

"Bukan kita orang budak kecik pun. Apa yang nak dikecohkan?" Diaz buat muka. Tak faham kenapa lelaki itu harus risau sedangkan dia dan Delilah sudah tua bangka. Sudah tidak memerlukan perhatian lebih.

"Hakikatnya memang bukan budak kecik, tapi perangai? Baba dengan aunty Lea tak ada rumah ni, D jangan nak bawa Delilah buat kerja bodoh tidur kat balkoni lagi." Tak pasal-pasal Tuan Amza membebel pula disitu. Teringat kembali insiden semasa mereka meninggalkan dua beradik itu kali lepas.

Diaz pula terus berdecit. Langsung tak ambil serius dengan pesanan baba.

"Tahulah D.."

"Baba pesan ni bukan main-main tau. Jangan nak cari penyakit. D tu tua lagi dari Delilah. Pangkat abang. D tolong tengok-tengokkan dia masa baba dengan aunty Lea tak ada ni. Kalau dia nak keluar kemana-mana, D teman."

"Dia dah besarlah, baba.. apa yang nak-"

"Diaz Raiden.." Nada Tuan Amza berubah serius. Sekilas dia mengeluh lalu menyambung kata.

"She's a girl.. and she's your sister."

"Adik, adik.. nak muntah D dengar. Sejak bila entah D assigned jadi babysitter si Delilah ni?" Diaz membidas tak puas hati. Wajahnya turut berkerut-kerut mendengar omelan Tuan Amza.

"D.."

"Kalau macam tu D nak elaun double."

Membulat mata Tuan Amza. Tangan spontan mencekak pinggang. Langsung tak menjangkakan bicara Diaz.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now