PROLOGUE

6.7K 239 16
                                    

“KAU ni memang tak guna!”

PANG!

“Sama-sama murah macam mak kau!”

PANG!

“Pergi mampus sana! Dasar anak tak guna!”

PANG!

Sebanyak tiga kali gadis muda itu ditampar oleh Ayah kandungnya. Dia ditampar oleh Ayah kandungnya tanpa tahu kesalahan apa yang telah ia buat.

“Ambil batang penyapu.”

Balqis yang merupakan isteri muda lelaki itu tersenyum sinis apabila mendengar suaminya berkata seperti itu. Puas melihat anak tirinya dihina oleh bapa sendiri.

Padan muka kau Ersana! Dasar anak Perampas!

“Ni Tuan.”

Lelaki itu tanpa kata terus memegang batang penyapu itu kemas. Sudah bersedia mahu memukul budak tak guna ini. Tangannya naik ke atas tanpa ragu dia terus memukul tubuh Ersana kuat.

Jeritan dan tangisan yang terhasil dari Ersana langsung tidak dia hirau. Dalam kepalanya sekarang hanya mahu mendidik anaknya supaya mendengar kata.

“Khair!!”

Nampak sahaja dia ketika anaknya diseksa sebegitu terus Talisha iaitu Ibu Ersana datang menghalang suaminya dari terus memukul anak perempuannya.

“Eh kau blah! Aku nak didik budak tak guna ni!”

Bengang Khair saat Talisha menghalangnya dari memukul Ersana. Apa? Apa yang dia buat semuanya betul. Tak ada yang salah pun. Lagipun dia sedang mendidik anaknya supaya mendengar kata.

“Awak kata awak didik? Didik apa cara macam ni? Awak tahu kan yang anak kita ni kecil lagi? Dia baru umur 9 tahun. Sepatutnya awak didik dia dengan lemah lembut. Bukan kasar macam ni!”

Gugur air mata seorang ibu saat melihat anaknya diperlakukan sebegini rupa. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Dia dapat bertahan sampai ke harini pun kerana Ersana.

“Kau jangan nak pertikaikan soal cara aku mendidik. Kau pun dua kali lima je macam budak ni! Sama sama tak guna dan murah!”

Khair berkata lancang. Tanpa mempedulikan perasaan isteri dan anaknya.

“Oh....dengan anak awak dan Balqis tu boleh pula awak berlemah lembut pula ya?”

Sakit yang terbit dihatinya langsung tidak dipeduli. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa terlukanya dia saat diperlakukan dengan suami sebegini rupa.

“Balqis lain.”

“Apa yang lain Khair? Apa yang lain?!”
Senyap. Hanya senyap jawapan Khair. Langsung tak ada niat mahu membalas.

“Saya tahu…sebab Balqis ni perempuan yang awak cinta kan? Sedangkan saya? Perempuan yang dipaksa berkhawin dengan awak atas dasar keluarga. Betul?”

“Saya nak tanya awaklah kan. Awak tak pernah ke nak cuba cintakan saya walaupun sedikit? Berbagai cara saya buat untuk dapatkan cinta awak. Tapi awak tidak pernah sedikit pun nak cuba cintakan saya. Saya tahu kita kahwin bukan atas dasar cinta. Tapi sekurang-kurangnya cubalah untuk sayang saya, Khair. Dia isteri awak yang sah!”

Tanyalah mana-mana isteri di dunia ini sekalipun semuanya mesti mahu dicintai oleh suaminya sepenuh hati. Tapi lain pula dengan Khair. Lelaki itu langsung tidak mencuba untuk mencintainya.

Bahkan keluar dengan Balqis dibelakangnya. Bukannya dia tidak tahu yang Khair selalu berjumpa dengan Balqis senyap-senyap sewaktu Khair pergi ke kerja.

Walaupun sudah hampir 10 tahun berumah tangga, Khair langsung tidak berusaha untuk mencintainya dan menyanyangi anak mereka.

“Awak sedar tak yang awak langsung tak pedulikan Ersana selama ni? Sedar tak? Awak hanya pentingkan anak awak dengan isteri muda awak tu je. Sedangkan Ersana? Dia juga perlukan kasih sayang seorang Bapa, Khair.”

Khair meraup kasar rambutnya. Kesal dengan kata-kata yang diucapkan oleh Talisha. Walaupun dia tahu apa yang dikatakan oleh Talisha itu semuanya betul.

Tetapi kerana ego. Egonya terlalu tinggi. Tidak mahu egonya runtuh akibat kata-kata isterinya.
“Kau pergi. Biar aku ajar budak ni.”

Baru sahaja Khair mahu menarik lengan isterinya tidak mahu Talisha menghalangnya, Talisha lantas menarik Ersana lalu berlari anak-anak masuk ke dalam bilik yang memang disediakan untuk Ibu dan Anak itu.

Masuk sahaja dalam bilik mereka, Talisha meletakkan Ersana ke atas tilam.

“Ibu, Ana takut. Ana tak buat pun.”

Teresak-esak gadis kecil itu menangis di pangkuan ibunya. Tempat paling selamat. Tangannya kuat mengenggam kemas hujung baju Talisha. Mutiara jernih yang keluar dari tubir mata dibiarkan berlalu. Melepaskan rasa sakit yang bertahun dia rasa. Setiap kali berjumpa dengan Khair, hinaan yang dia dapat.

“Shhh Ibu ada. Tak apa kalau Papa tak sayang Er, Ibu kan ada. Ibu janji yang Ibu akan bahagiakan Er selagi Ibu masih bernyawa.”

Lembut Talisha memujuk anak tunggalnya. Ersana Tanisha seorang puteri yang Allah hadirkan untuknya. Walaupun saat melahirkan Ersana, suaminya langsung tidak gembira dengan hadirnya Bidadari kecil mereka.

Tapi tidak mengapa, kerana sewaktu Ersana masih ada dalam rahimnya, dia sudah bersumpah akan menjaga, mendidik Ersana dengan penuh kasih sayang dan keagamaan.
Sentiasa dia tanamkan dalam hati bahawa...

Dia perlu kuat untuk Ersana

Dia perlu senyum untuk Ersana

Dia perlu bahagia untuk Ersana

Saat itu wajah Ersana tiada lagi sinaran kebahagiaan yang terpancar dari wajah jelitanya. Hanya terpancar wajah muram dan sedih untuk seorang anak yang langsung tidak disayangi oleh Bapanya.

BANG!

Ersana bangun dari tidur. Terkejut apabila mendengar bunyi petir. Pandangan dikalihkan ke arah balkoni biliknya kelihatan Hujan Ribut pada malam itu. Langsir yang digantung pada balkoni itu berterbangan.

Ersana menapak ke arah balkoni, sliding door yang terbuka luas itu dia tutup. Kembali pada katil bilik tidurnya, dia duduk bersila atas katil mahal itu.
Matanya dipejam mengingatkan tentang mimpi ngeri yang memenuhi kotak memorinya sebentar tadi.

Ibu

Satu titik

Dua titik

Tiga titik. Kemudian bertitik-titik. Tangannya naik menutup permukaan wajahnya. Bahunya terhinjut -hinjut menangis mengigatkan tentang ibunya.

Kenapa hidupnya sebegini?

Kenapa takdirnya macam ni?

Kenapa?

Kenapa hidupnya tidak sebahagia orang lain?

Ayahnya Muhammad Khair yang sepatutnya menjadi pelindung dan heronya malah memukulnya. Kenapa Tuhan sangat pilih kasih? Kenapa hidup orang lain sangat bahagia, sedangkan dia?

Kenapa orang lain dikurniakan Ayah yang sangat mencintai anak perempuannya kenapa dia tidak?

Soalan yang dari dahulu berlegar-legar di kepalanya. Dan dengan sendirinya dia memutuskan bahawa Tuhan itu tidak adil malah pilih kasih. Walaupun dari dulu ibunya selalu mengingatkan dia tentang Allah, tapi dia masih ragu-ragu.

Dalam fikiran Ersana, Tuhan itu tidak adil. Kerana apa? Kerana sewaktu dia dipukul oleh Ayahnya, kenapa Tuhan tidak menolongnya? Sewaktu dia diseksa oleh Ibu tirinya yang mahu melekatkan sterika pada kulitnya, Tuhan langsung tidak menolongnya. Kenapa? Kenapa?

Jadi Ersana memutuskan bahawa Tuhan itu tidak wujud. Dan tidak akan pernah wujud.

Tersedar dari fikirannya yang semakin lama, semakin dihasut oleh syaitan untuk tidak mempercayai Allah, cepat-cepat Ersana beristighfar dan meminta ampun.

Kadang-kadang dia terlalu mengikut perasaannya sampai teringat tentang dirinya yang lama. Ersana berhenti menangis. Belakang tangannya menyeka air mata yang tersisa di pipi dan di tepi matanya. Nafas dihembus berat. Langsung tidak sangka yang dia akan mimpi tentang ini. Sekali lagi.
Telefon bimbit diambil mahu melihat jam.

3:40 a.m

Masih awal untuk bersiap pergi ke kerja. Jadi dia memutuskan untuk mengambil air wudhu' lebih baik dia berbuat ibadah supaya hatinya sedikit tenang.

 Jadi dia memutuskan untuk mengambil air wudhu' lebih baik dia berbuat ibadah supaya hatinya sedikit tenang

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

start : 1 january 2023

Broken TrustHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin