Bab 37

1.1K 76 0
                                    

BUKA SAHAJA mata, dia terus tukar posisi badan dengan sandarkan badan sasanya di kepala katil. Mata tajamnya dikelip-kelipkan untuk beberapa kali mahu hilangkan kantuk yang tersisa.

Tangan kasarnya naik meraup agak kesal rambut yang menutupi bahagian dahi. Dia berasa agak kesal kerana entah kali yang ke berapa dia memimpikan wanita itu. Wanita jelita yang sering muncul di dalam mimpinya.

Ini sudah tiga hari berlalu. Dia sudah pun keluar dari hospital. Malam ini, merupakan malam terakhir dia berada di Malaysia. Kerana malam seterusnya, dia akan mengirup udara di United Kingdom.

Mimpinya kalini sentiasa sama. Wanita jelita yang sedang menangis dan tanya soalan yang sama padanya. Iaitu,

"Hael kenapa awak tinggal saya?" Dan wanita itu akan mula mengusap pipi Aslan. Aslan yang tak mampu untuk mengeluarkan sebarang suara, hanya melihat. Kalau diikutkan, dia mahu saja bertanya. Tetapi suaranya tidak mahu keluar.

Jadi yang boleh dia buat hanyalah melihat tingkah laku wanita itu padanya. Jika saja dia ingat memori masa lalunya, pasti dia juga akan hubungannya dengan wanita yang tidak asing itu.

Aslan bangun dari duduk. Dengan kaki panjangnya, dia mula berjalan menghampiri balkoni bilik tidurnya yang luas dan selesa itu. Balkoni itu menghadap keluar. Dadanya turun naik. Tenang mengatur pernafasan.

Udara pada malam ini, sejuk dan memdamaikan juga, terasa lain. Bintang dan bulan tetap gah bersinar menghiasi gelapnya malam. Mereka akan kekal seperti itu selagi Allah tidak menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan Matahari.

Kerana apa yang terjadi di dunia ini, semuanya dikawal oleh Allah. Allah yang menentukan semuanya. Semuanya yang terjadi di masa hadapan, Allah sudah tulis dari awal seperti mana kehidupan yang akan setiap manusia jalani. Kerana semua benda yang ada dengan manusia sekarang ini, semuanya kehendak Allah.

Allah itu Maha Menentukan. Dia akan tentukan apa sahaja untuk makhluk-Nya. Dan, bagaimanapun bentuk ujian yang akan dihadapi oleh setiap hamba-Nya, Allah sudah yakin yang hamba-Nya dapat hadapi ujian tersebut. Oleh itu, sentiasalah bersikap baik pada Dia. Yang Maha Esa.

"I don't remember who you are. But if before, you were the person I loved, then pray to God. Because only He can make me fall in love with you, like how Laila fell in love with Majnun." Aslan bersuara menumpahkan kata-kata yang mahu dia ucap pada wanita di dalam mimpinya tadi.

EIRAN menolak pintu wad dan dia berjalan masuk ke dalam wad tersebut. "How is she?" Eiran menyoal anak buahnya yang dibayar untuk menjaga gadis asing yang dia jumpa.

"Dia masih tak sedarkan diri, Sir. Doktor kata, itu disebabkan efek ubat yang belum hilang. Dalam beberapa jam lagi, dia mungkin akan bangun." Eiran mengangguk. Sudah tiga hari gadis polos itu tertidur di atas katil pesakit. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia membayar seseorang hanya untuk menjaga gadis ini.

Padahal gadis itu langsung tiada hubungan istimewa dengannya ataupun memberi apa-apa keuntungan. Wajah gadis itu sangat polos. Bermula dengan matanya yang bulat dan indah, hidungnya yang mancung, kulitnya yang putih kemerah-merahan.

Langkah kaki diatur untuk keluar dari kereta api yang sudah sampai di destinasi yang dituju. Kot yang tersarung di badan tegapnya dibetulkan. Dia terus melangkah dan langkahnya terhenti apabila dirinya yang tinggi itu dipeluk dari belakang oleh seseorang.


Yang dia tahu, 'seseorang' itu berjantina perempuan. Badannya langsung mengeras sempurna. Dia tak tahu mahu bereaksi macam mana. Dalam kepalanya hanya terfikir yang gadis ini salah orang ke?

Tetapi sangkaannya meleset apabila mendengar suara gadis itu yang bergetar. Jelas menunjukkan yang dia sedang takut.

"P-please...help me." pelukan di pinggang Eiran makin dikemaskan. Mengerut alis kening Eiran mendengar pernyataan gadis itu. "A-ada orang jahat yang cuba kejar saya," sambungnya lagi.

Usai sahaja menghabiskan kata-katanya, pandangan gadis itu terus gelap.

Perkara yang terjadi beberapa hari lepas itu bermain dalam mindanya. Siapa sebenarnya gadis ini? Selama tiga hari juga, dia akan datang melawat setiap kali usai melawat Aslan. Sekali sekala, dia akan buat kerjanya di wad ini.

Wad ini sudah seperti rumah keduanya. Eiran pejam sesaat matanya. Penat. Dia kurang tidur akhir-akhir ni. Ada perkara yang perlu dia cari dan siasat. Terutamanya kes kemalangan Aslan.

Punca sebenarnya masih tidak diketahui. Kemalangan itu kekal menjadi misteri. Bahkan polis sudah mula tidak mahu menyiasat kes ini. Kalau tunggu kerja polis memang lambat. Jadi, dia memutuskan untuk mencari sendiri penyebabnya.

Terasa gerakan di atas katil membuatkan Eiran tersedar dari hanyut lebih lanjut dalam dunianya. Mata Eiran yang tajam seperti belati itu melihat setiap pergerakan gadis yang dia jumpa.

Setelah tiga hari, gadis itu sudah sedar.

STETHOSCOPE disangkut di leher. Doktor perempuan itu senyum manis terhadap pesakitnya yang sudah sedar setelah tiga hari berada di bawah pengaruh ubat.

"For now, she is fine. Just need to rest and eat enough. After that, dah boleh keluar." Eiran mengangguk mendengar balasan positif dari doktor. Tak lama selepas itu, doktor itu meminta untuk pamit.

Eiran melempar pandangannya pada gadis yang sedang duduk di atas katil pesakit. Wajahnya hanya menunduk. Takut mahu membalas pandangan mata Eiran. Dia tak tahu siapa lelaki di hadapannya ini. Baik atau jahat?

"Makan ni." roti coklat yang dia beli tadi, dibaling perlahan dan selamat mendarat di atas paha gadis itu. Gadis itu angkat kepala. Sekali gus mata bulatnya bertentang mata dengan mata Eiran yang tajam seperti belati.

Lantas dia kembali menunduk. Eiran menyandar badan sasanya di kerusi. Memerhati tingkah laku gadis itu yang sedang makan roti yang dia beri. Sesekali, pipi gadis itu akan menjadi bulat seperti pau.

"Pipi pau rupanya..." suaranya hanya perlahan. Sampaikan hanya dia yang mendengar ucapan tersebut. Seketika, bibirnya naik menyinis.

Bibirnya itu kembali biasa apabila gadis polos itu mengangkat kepalanya bersama roti penuh di dalam mulut. Mata bulat gadis itu dikelipkan berkali-kali. Plastik roti ditangan, gadis itu hulurkan pada Eiran.

Apabila Eiran sudah menyambut plastik tersebut, dia kembali menundukkan pandangan.

Apabila Eiran sudah menyambut plastik tersebut, dia kembali menundukkan pandangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sorry! ada kesalahan tadi.

Broken TrustWhere stories live. Discover now