EPILOGUE

2.1K 100 7
                                    

BEBERAPA BULAN sudahpun berlalu. Dan terdapat banyak benda yang terjadi. Sekejap saja masa berlalu, sekarang dia sudah mengandung anak kedua. Ya, dia disahkan mengandung sebulan yang lepas. Dan manusia yang paling bahagia sekali sudah tentunya dia dan Aslan.

Mereka kehilangan anak pertama mereka, Arsene. Kini, Allah gantikan dia dengan hamil anak kedua.

"Darling."  Aslan menghampiri, kemudian badannya dipeluk kemas oleh Aslan. Ersana membalas pelukan itu.

"Termenung apa?" Aslan menyoal. Dari tadi dia perhatikan Ersana yang termenung seorang diri. Dia hanya perhati Ersana dari jauh tadi kerana dia perlu membantu yang lain membakar ayam. Sekarang dia sudah luang, jadi dia mahu meluangkan masa dengan Ersana pula.

"Arsene. Rindu nak kiss dia lagi," katanya. Bangun dari mimpi haritu dia ada cerita tentang mimpi itu pada Aslan.

Aslan tarik Ersana menyandar di bahunya. "Arsene mesti tengah tengok kita sekarang. Kita tak pernah lupakan dia. Dia sentiasa hidup dalam keluarga kita."

Aslan mendongak memandang ke arah langit yang terdapat bulan dan bintang-bintang yang bersinar. "Darling, tengok atas."

Mendengar ucapan Aslan, Ersana turut mendongak melihat ke langit gelap. Ada bulan dan bintang-bintang kecil. "The moon reminds me of you. So beautiful, so bright and so far away. Tapi yang bezanya, bulan aku ada dekat dengan aku." Aslan tarik tangan Ersana, disatukan dengan tangannya.

Dia bersyukur dapat hidup dengan keluarga kecilnya ini. Arsene, tidak akan pernah mereka lupa. Nama anak sulungnya itu akan sentiasa ada bersama dengannya.

Kerana Arsene, mereka belajar erti kehilangan. Manusia itu tidak kekal, sampai masa mereka akan kembali pada Yang Maha Esa.

Mereka berdua sama-sama tenggelam dalam perasaan sendiri. Bunyi pergaduhan yang berlaku tidak jauh diantara mereka, menyentakkan Ersana dan Aslan. Pergaduhan yang terjadi di antara Eiran dan Ayaz.

"Kau ni bakar elok-elok lah. Hitam nanti ayam tu!" Marah Eiran pada Ayaz yang main-main waktu membakar ayam. Suka sangat main-main.

"Eh aku bakar elok-elok kan ni?" Balas Ayaz tidak puas hati. Suka hati dia aje nak marah-marah orang.

"Kau blah. Biar aku buat." Eiran menolak Ayaz supaya ke tepi. Biar dia ajelah yang buat kalau malas sangat.

"Jom?" Aslan bangun kemudian menghulur tangannya pada Ersana untuk menyambutnya. Ersana pantas menyambut huluran Aslan.

Mereka berdua menggenggam tangan satu sama lain dan membuka langkah menghampiri yang lain. Malam itu, semuanya terasa gembira dan menyeronokkan. Acara makan malam yang diadakan di rumah agam Ashira itu hanya dihadiri oleh yang terapat sahaja.

Setiap kali Ersana mahu pergi di mengambil makanan, Aslan akan mengikuti langkahnya tak kira di manapun dia berada. Aslan akan ikut sekaki. Kadang-kadang nak marah juga bila Aslab ikutnya hampir dua puluh empat jam tetapi bila difikirkan, dia faham yang Aslan takut apa benda buruk yang terjadi padanya. Kerana itulah lelaki itu sampai mengupah orang untuk teman dia ketika Aslan tiada bersamanya.

"Baby penat ke?" Aslan duduk bersila di atas katil di dalam bilik mereka. Acara makan tadi berjalan dan berakhir dengan sangat baik. Sekarang, semua sudah masuk ke dalam bilik masing-masing.

Aslan meletakkan telinga pada perut Ersana. Mahu merasakan reaksi anak dalam kandungan. "Darling! Dia tendang!" Membulat teruja mata Aslan ketika itu.

"Yaa dia tendanglah dah Babah dia panggil," makin lebar senyuman Aslan.

Seketika kedua-duanya senyap. Mereka saling bertatapan satu sama lain. Hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Broken TrustWhere stories live. Discover now