Bab 44

957 71 1
                                    

"TAK JUMPA? You cari betul-betul ke tak ni?" Medina menyoal agak bengang. Takkanlah tak jumpa. Ersana pasti berada di sekitar itu sahaja.

"Cik Medina, saya dah cari macam yang Cik suruh. Tapi tak ada. Kami juga dah tanya orang-orang yang duduk situ. Katanya, diaorang tak pernah nampak muka Cik Ersana," jelasnya pada bosnya itu.

"Huh!" Medina melabub duduk kesal di atas kerusi. Tidak mungkinlah tidak dijumpai. Fikirannya mula memikirkan hal-hal yang negatif. Dia takut sesuatu yang buruk terjadi pada Ersana. "Teruskan cari. Cari betul-betul!"

Bawahannya mengangguk lalu membuka langkah meninggalkan dia di dalam bilik berseorangan. Dia sudah keluar dari rumah agam yang sudah didiami olehnya dari dia masih bayi. Tetapi bukan untuk sekarang. Mustahil dia mahu hidup sebumbung dengan manusia yang cuba membunuhnya.

Medina menyandarkan kepalanya di kerusi. "Ersana, kau kat mana?" Soalnya sendiri. Dia sangat takut ada perkara buruk yang akan menimpa Ersana. Ersana sudah cukup menderita ketika tinggal bersama Khair. Dia tak nak derita Ersana bertambah.

Ersana sangat susah mahu tidur tanpa ubat tidur bersama. Ketika dia dibuang di lorong pelacur oleh Khair, dia langsung tidak membawa ubat tidur bersama. Medina melepas nafas kasar.

"ISH, cepatlah Ayaz! Anak perempuan Mama dah tunggu tu!" Ashira menarik tangan Ayaz supaya berjalan dengan lebih cepat. Lelaki itu berjalan terlalu santai. Ini sudah dua hari berlalu sejak hari Ersana koma.

Dan harini setelah dua hari dia menunggu, Ersana akhirnya bangun dari koma. Dia tahu pun sebab tadi Ris menghubungi Ayaz yang Ersana sudah sedar. Masuk sahaja di dalam wad, Ashira tarik senyuman manis pada Ersana.

Ashira mendekati Ersana lalu dia mengenggam tangan Ersana dengan perasaan yang teruja. Ersana yang melihat tingkah laku wanita jelita di hadapannya ini, tersenyum sedikit kekok. Dia tidak kenal siapa wanita di hadapannya.

"Macam mana?"

"Looks like she lost her memories. Tak semua, tapi ada beberapa ingatan lama yang dia tak ingat. Benda ini berlaku akibat pengambilan ubat tidur yang berlebihan. Pengambilan ubat tidur yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan pada ingatan seseorang. Untuk sekarang, dia hanya perlu banyakkan berehat. I tak boleh nak jangka bila dia akan ingat ingatan yang hilang."

Ashira mengangguk. Dia kembali pandang ke Ersana kemudian senyum.

"Ayaz, follow me. I ada benda nak cakap." Ris membuka langkah keluar dari wad Ersana diikuti dengan Ayaz di belakang. Sampai ke ofisnya, dia melabuh duduk.

"Kenapa?"

"Dia tak ingat pasal Aslan. I already ask her, dia kata dia tak ingat." Ris menerangkan pada Ayaz. Dia tidak tahu kenapa ingatan yang berkenaan dengan Aslan sahaja yang tidak Ersana ingat.

Ayaz meraup rambutnya ke belakang. Selepas ini, Khair akan dia beri balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat. Orang tua itu sudah melampau sampaikan memberi kesan yang begitu buruk pada Ersana.

"Thank you, Ris. You help us a lot."

"Memang tugas I selamatkan orang."

"NAMA APA?"

Ashira menyoal Ersana. Ersana senyum tipis sebelum menjawab, "Ersana Tanisha," mendengar nama Ersana, makin bertambah lebar senyuman di bibir.

"Cantiknya nama. Macam tuan badan," puji Ashira ikhlas. Ersana mendengar ucapan Ashira senyum. Dia masih lagi tidak terbiasa dengan suasana ini tetapi melihat sikap mesra wanita separuh usia ini buat dia sedikit selesa.

"Panggil Mama tau." Ashira memperingatkan pada Ersana. Selepas Ayaz kata dia anggap Ersana hanya sebagai adik, dia terus balik rumah dan bincang dengan Alcazar untuk mengambil Ersana sebagai anak angkat. Dia masih belum tanya Ersana tentang ini, jadi harini dia akan tanya.

"Nanti keluar hospital nanti, balik rumah ayah ke?" Mendengar perkataan 'rumah ayah' terbit di dua ulas bibir Ashira, badan Ersana langsung menggigil bersama kepala digeleng laju.

"Tak nak...Tak nak!" Ersana menarik rambutnya kasar. Tidak, dia tidak mahu pulang ke rumah Khair. Air matanya laju membasahi pipinya. Suara tangisannya bunyi agak kuat sampaikan Ashira terdiam.

Tanpa sebarang kata yang diucap, Ashira peluk tubuh Ersana yang masih menggigil hebat. Pasti sakit sekali apa yang dilalui sampai begitu negatif reaksi yang diberi. "Shh, sayang Mama. Nangislah sepuas hati. Tak ada siapa boleh halang atau sakitkan sayang Mama lagi," belakang tubuh Ersana diusapnya perlahan.

Begitu kejam bapa Ersana sampai berjaya merosak mental dan fizikal anak sendiri. Mengingatkan nasib malang Ersana, matanya juga cuba ditahan dari menumpahkan air matanya.

Lama mereka sebegitu sampailah tangisan Ersana reda. Ashira longgarkan pelukan di antara mereka. Pipi Ersana yang comot dengan air mata, dia bersihkan dengan tangannya.

"Mulai harini, Mama takkan benarkan sesiapa sakitkan Ersana lagi. Kamu anak Mama mulai sekarang. Tiada siapa boleh buat kamu tanpa izin Mama."

Sekali lagi Ashira memeluk Ersana. Ersana pantas membalas pelukan insan yang gelarkan dia sebagai anak tadi. Rupanya, masih ada orang yang mahu menyayanginya. Dia fikir, tiada orang yang sayangnya.

Ayaz yang berdiri di hadapan pintu wad Ersana itu, senyum.

"Aslan, aku dah tunaikan janji aku." gumamnya perlahan. Kini, semuanya sudah selamat. Hanya tinggal Khair saja. Orang tua itu, akan menerima balasan yang setimpal. Seperti yang dia buat pada Ersana sebelum ini.

KEESOKAN HARINYA, tengah hari lagi wad Ersana sudah kecoh dengan suara Ashira.

"Tak sabarnya nak bawa Ana balik rumah! Lepas ni Mama tak bosan dah. Ada kawan. Boleh teman." Ashira menepuk tangannya suka. Alacazar dan Ayaz menggeleng melihat perangai Ashira. Mana-mana je lah. Asalkan bahagia.

Ersana di sebelah Ashira hanya gelak sahaja. Walaupun baru semalam mereka kenal, dengan sikap Ashira yang begitu bahagia mood nya buat dia tidak kekok. Walaupun sudah separuh usia Ashira, wanita itu masih kelihatan seperti awet muda. Kecantikan yang dimiliki langsung tidak pudar.

"Ana, Mama dah hias cantik-cantik bilik Ana tau. Nanti mesti Ana suka."

"Thank you, Mama. Susah-susah je."

Kebisingan mereka terhenti apabila pintu wad tersebut terbuka menandakan ada yang masuk. Terpapar seorang wanita dari situ. Wanita itu datang berlari lalu memeluk Ersana.

"Kau okey tak ni? Puas aku cari." Medina membelek tubuh Ersana. Matanya turun atas bawah memeriksa.

"Okey lah. Kau macam mana? Papa ada buat apa-apa ke?" Ersana pula menyoal. Dia takut disebabkan dia, orang lain turut menjadi mangsa.

"Aku okey lah." Medina senyum seusai menghabiskan ayatnya. "Maafkan aku. Kalau aku tahu akan jadi macam tu, aku takkan bawa kau."

"Bukan salah kau lah." Ersana pantas menafikannya. Sudah terang ini bukan salah Medina. Medina juga mangsa keadaan.

Medina pandang ke arah Ashira. "Aunty nak bawa Ana balik rumah aunty kan? Terima kasih Aunty. Tolong jaga Ersana baik-baik," kalau diikutkan dia mahu saja membawa Ersana pulang ke rumahnya. Tapi bila tengok keadaan dia yang sekarang ni. Menjadi buruan keluarga sendiri, amat bahaya untuk dia bawa Ersana bersama.

"Jaga diri tau. Nanti ada masa, aku datang melawat kau." Medina pesan pada Ersana. Tak lama selepas itu, Medina peluk Ersana. "Aku sayang kau. Sangat-sangat."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now