Bab 27

2.4K 146 3
                                    

"MACAM mana keadaan dia?" Haikal menyoal saat Camelia keluar dari bilik yang menempatkan Aslan di dalamnya. Dari tadi dia menunggu Camelia keluar dari situ mahu tahu kondisi Aslan saat ini.

"Kau tembak dia ke?" Datang-datang dia pula kena tuduh tembak Aslan? Dia yang selematkan Aslan ada lah.

"Eh kalau aku tembak, tak adanya nak panggil kau suruh rawat."

"Lepastu siapa yang tembak dia? Bagitahu aku," soal Camelia agak marah. Mana taknya kalau pesakit yang dia terima kalini kena luka tembakan dan dibiarkan tanpa rawatan selama berjam-jam. Kalau lambat sikit tak mustahil kalau lelaki itu mati.

"Tak payah tahu. Aku tak nak kau ada urusan dengan dia." Haikal membalas. Dia sangat mengenali atasannya. Atasannya itu baran. Silap-silap Camelia pula yang kena tembak nanti.

Camelia berdecit kesal. "Kalau aku jumpa dia, memang kena dia." Camelia tolak dada bidang Haikal kesal. "Ubat dia semua aku dah letak tepi dia. Bagi dia makan dulu sebelum bagi ubat."

Selesai urusannya, Camelia mengatur langkah meninggalkan kawasan bangunan tersebut. Dalam perjalanannya yang mahu tinggalkan bangunan yang usang itu, dia tidak sengaja terlanggar lelaki asing.

Cepat-cepat dia memegang kolar baju lelaki asing itu bagi mengelakkan dirinya jatuh. Camelia pandang ke belakang. Nafas dihembus lega. Nasib baik tak jatuh. Kalau tak, kotor baju baru dia. Dah lah warna putih.

Camelia kembali pandang ke arah lelaki yang menolongnya. Wajah lelaki itu dingin sahaja. Iris matanya tajam menikam matanya. Untuk beberapa saat mereka bertatapan dan pandangan itu terputus saat lelaki itu menjauhkannya dari lelaki itu.

"Hi, sir. Thank you, sebab-"

"Perempuan gila," belum sempat Camelia menghabiskan ayatnya, lelaki itu terus memotong. Membulat mata Camelia mendengar ujaran tak beradab lelaki itu. Dia punyalah cakap elok-elok tetapi itu yang dibalas?

Baru sahaja dia mahu membidas, Haikal datang menghampiri lelaki asing itu. "Bos!" Haikal menegur lelaki itu. Kemudian Haikal memandang ke arahnya. Camelia terus bertindak untuk menempar pipi lelaki asing itu.

Membulat mata Haikal melihat tindakan Camelia. Gadis itu memang menggali kubur sendiri. "Bos!" Haikal terus membantu lelaki yang digelar sebagai 'Bos' itu.

"Camelia aku dah pesan kan?"

"Siapa suruh dia tembak orang sesuka hati?! Kalau budak tu mati macam mana? Kau gila ke?!" Marah Camelia dengan nada yang kasar. Jika bukan Haikal dan rakannya yang melukai pesakitnya tadi, semestinya atasan mereka.

'Bos' memegang pipinya yang ditampar Camelia. Berdenyutlah juga pipi dia apabila ditampar dengan penuh perasaan oleh gadis itu. "Siapa perempuan gila ni?" Soalnya pada Haikal.

"Gila? Kau yang gila masalahnya!"

"Camelia!" Haikal membuat isyarat supaya Camelia berhenti membuat onar. Camelia memutar bebola matanya lalu dia sambar handbag mahalnya. Handbag itu dinaikkan lalu dia memukul kepala 'Bos' dengan handbag nya.

"Kau tembak pesakit aku lagi, kau siap." Camelia mengatur langkah meninggalkan Haikal dan lelaki asing yang sakit kena pukulan darinya. Kisah apa. Asalkan dia puas sudah membalas sedikit dendam untuk pesakitnya.

"NI, bilik Ana. Ana masuk rehat dulu ya. Kalau nak apa-apa panggil je Mak Teh okey? Mak Teh ada dekat bawah." Ersana tidak membalas. Dia hanya membatu. Mak Teh senyum tipis. Dia faham keadaan gadis itu. Pasti trauma.

Mak Teh letak beg pakaian Ersana di tepi pintu. "Ana rehat ya? Mak Teh keluar dulu." Mak Teh tutup pintu bilik Ersana. Dia melangkah turun ke bawah.

"Macam mana Ersana?" Aqeef menyoalnya saat dia sampai di ruang tamu. Mak Teh melabuh duduk di atas sofa.

"Macam tu lah. Masih sama," balas Mak Teh. Dia risaukan keadaan Ersana. Semoga saja Ersana sembuh dari traumanya.

ERSANA membuka pintu gelangsar yang menghadap pemandangan di luar rumah. Saat dia berjalan melihat ke pemandangan yang ada di rumah agam Mak Teh dadanya terasa lapang.

Riak wajah masih mendatar seperti tadi. Dia sendiri juga tidak tahu mahu beriaksi seperti mana dengan keadaannya yang sekarang ni.

Gembira atau sedih?

Dia sendiri juga keliru.

Ersana pejam mata. Menikmati angin yang menampar lembut permukaan wajah bersihnya. Dia rasa sedikit tenang sejak berpindah masuk ke dalam rumah ini. Mungkin selepas ini, tiada lagi pukulan dan makian dari Khair.

Dan mungkin juga selepas ini tiada lagi Ersana yang dulu.

Dirinya yang lama sudah mati bersama Ezraell Arsene, anaknya. Doktor baru mengesahkan yang anak dalam kandungannya itu berjantina lelaki. Mengingatkan hal itu buatkan air mata kembali bergenang.

Ersana jatuh terduduk di situ. Kedua tangannya diambil menutup permukaan wajahnya.

"I failed to be a good mommy to you, baby. I'm sorry..." Ersana menangis. Bila teringat akan arwah Arsene, dia akan menyalahkan diri sendiri. Semuanya salah dia.

Arsene meninggal sebab dia.

KENING Aslan mengerut saat dia bergerak. Tempat dia kena tembakan berdenyut-denyut. Aslan buka kedua matanya. Tangannya digerakkan berkali-kali tapi sayang saat tangan dan kakinya diikat mati di katil.

Matanya beralih memandang ke arah kembarnya yang menculik datangnya ke sini. Wajah mereka hampir serupa. Itulah yang dirisaukannya sekarang ini. Besar kemungkinan kembarnya itu yang menyamar jadi dia pulang ke rumah lalu menghantar Ersana balik ke rumah Khair.

Ersana pasti menderita sekarang ini.

"Kau nak tahu info terbaru tentang anak bini kau?" Kembarnya menyoal. Rambut Aslan digenggamnya kemas. Aslan kekal dengan riak mendatar. Tipulah jika dia bilang dia tidak ingin tahu.

Sudah pasti dia mahu tahu keadaan isteri dan anaknya. Dan dia juga tidak teragak-agak untuk cederakan kembarnya kalau Ersana cedera.

Kerana semua ini berlaku kerana lelaki di hadapannya ini.

Kembarnya, Zeeq Hael Arzene.

Kembarnya, Zeeq Hael Arzene

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now